1hb Ogos 2019 Khamis
Harini penulis dapat semangat mencuba mencambah tauge. Melihat langkah di U-tube , rupanya mudah saja mengikuti langkah tersebut. Semua orang boleh mencubanya. Gunakan saja bahan yang ada di rumah.
Tanaman yang dibuat sendiri sudah tentu bebas dari bahan kimia. Adalah amat mengejutkan apabila mendapat tahu taugeh yang dicambah secara komersil turut dicampur bahan kimia untuk kelihatan subur dan tahan lama..Bahan kimia tersebut bisa meninggalkan kesan hakisan jika disimbah dilantai konkrit..Kita seharusnya mengorak langkah beralih kepada tanaman organik.
Ikuti langkah mudah berikut
2.Toskan kacang hijau dan letak dalam bakul beralaskan tuala basah..
3. Tutup dengan tuala basah
4. Tutup dengan penutup kedap cahaya
5. Simpan ditempat gelap seperti dalam tong...
6. Pastikan kelembapan dengan membasahkan tuala selang sehari
7. Hari ke 3 taugeh sudah boleh dituai..
Harap harap menjadilah yea..
Projek berikutnya adalah membuat baja kompos menggunakan bahan terbuang domestik..Barang terbuang boleh dimanfaatkan secara semulajadi.
Jom.. jom..jom..
No comments:
Post a Comment