click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, July 7, 2019

Rombongan UK Julai 2019

 7hb Julai 2019

Berkesempatan menghantar famili besan ke KLIA yang akan menghadiri majlis konvokesyen anak bongsu di Edinburgh sambil bercuti di London dan Paris. 14 orang semuanya termasuk anak, menantu dan cucu.


Oklah kot untuk besan belanja sebahagian perbelanjaan anak beranak melancong...Tokki yang baru berpencen setelah bergelumang dengan kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia selama lebih 30tahun.


Momen paling indah pastinya melihat anak-anak kecil bergembira bercuti di tempat baru.




Bye bye sarah...Anak, menantu dan cucu turut menyertai rombongan..Untunglah






Zaman teknologi kini kenangan indah mudah dikongsi...Transit di Abu Dhabi
 


Ermm belum pun tiba di UK cadangan telah dilontarkan supaya mereka berkunjung ke Stoke And Trent, lokasi kilang pengeluar pinggan mangkuk yang menjadi kegilaan sebahagian ibu-ibu Malaysia..



Kebetulan bakal besan no 3 yang juga berada di sana menayang pelbagai bentuk pinggan mangkuk yang ketika ini sedang dijual tersangat murah, berbanding harga biasa. Ketika ini berbelanja Rm1000 sudah boleh memenuhi ruang koleksi pinggan mangkuk..

Sesudah menghantar rombongan, kami menuju ke Mashtar Itik Salai di Sg Merab Bangi.. Dah banyak kali kami ke sini...Keenakan rasa itik salai menggamit selera untuk berkunjung lagi dan lagi...



Walaupun kedudukannya agak terpencil, di zaman teknologi mudah saja viral jika servis bagus, masakan enak dan harga berpatutan...Pengunjung mulai ramai ketika kami tiba. Banyak gerai gerai dengan pelbagai hidangan enak...Gerai itik pastinya yang menjadi tumpuan..


Sup gearbox ini Rm20...Ermm memang tak lepaskan peluang melahap sup setiap kali berkunjung ke sini.

Apa lagi cepatlah berkunjung ke sana...Hidangan sangat marvelous...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK