Melayari kedai maya memang mengasyikkan. Kita boleh menjengok kedai ke kedai membandingkan harga hanya dengan bermain di skrin telefon.
Pemasaran kaedah terkini memang sangat nakal...Sedang kita melayari media sosial tetiba muncul iklan mempromosi pelbagai potongan harga untuk barangan yang memang diintai-intai..Mungkin mereka menjejaki carian barangan yang kita ingini dan sengaja menggoda untuk klik pada pautan mereka.
Jom jom berkebun...
Trimmer ini memang dah lama penulis inginkan. Teringin menggunakan peralatan ini supaya pokok-pokok bunga keliling rumah lebih seragam dan mudah dirapikan. Harga Rm450
Tengok iklan ini memang tak tahan. Banyak kali iklan pelbagai jenama lalu diskrin. Sangat comel dan mudah untuk memotong dahan- dahan kecil tinggi pokok dewasa. Persaingan dunia terbuka membolehkan kita mendapatan harga terbaik.. Jenama Stihl dari penjual berbeza menawarkan harga jauh berbeza. RM280, $179 dan Usd 21. Tanpa berlengah terus beli yang termurah. Harap tak dapat yang tiruan.
Peralatan ini pun dalam radar penulis. Untuk penggunaan sesekali dan tidak lasak jenama biasa-biasa sudah memadai.. Melihat di kedai maya harga boleh diperoleh serendah Rm190 tanpa jenama dan jaminan.
Berjenama terkenal begini dah tentu harganya mahal sebab kualiti terjamin dan lasak.
Pengeluar pun banyak yang meniru produk terkenal ..sekali pandang, kelihatan sama antara yang tulin Stihl dan tiruan Sthhl...Jahat si peniru menjual dengan harga tak sampai separuh.
Canggih-canggih dah alat berkebun zaman sekarang ni. Dulu cuma kenal cangkul dan tajak saja.
ReplyDeletePeralatan pun makin comel comel hehe
Delete