click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, February 13, 2023

Kemboja D4(ctd)- River Cruising ...


Sesudah melawat Angkor Watt terus bergerak ke  Pnom Penh, dalam jam 4 ptg dah sampai di sana. Check in hotel dan berehat, jam 6 keluar lagi untuk meronda bandar dan makan malam. 



Menuju ke Dataran tepian Sungai Mekong. Terkenang kunjungan 2013 dulu. Tak silap dataran sepanjang sungai belum begitu cantik seperti sekarang. 






 
Istana raja ...m


Bersama anak ustaz yang belajar di Pnom Penh...





Kini terdapat tugu mantan raja Norodhom Sihanouk yang menjadi mercutanda Pnom Penh. Setiap tahun akan diadakan upacara nasional memperingati kematian beliau di sini.


Kini river cruising Sungai Mekong lebih meriah, banyak bot-bot sedia menunggu pengunjung di jeti-jeti sepanjang sungai. Tak pasti bot lain, bot kami setelah ditawar, dikenakan caj 25USD untuk melihat pemandangan Pnom Penh diwaktu malam selama sejam. Jika lagi ramai akan dikongsi bersama. Disebabkan pengunjung lain tiada lagi di jeti, hanya kami bertiga menaiki sebesar-besar bot itu.





Pnom Penh bermandi cahaya diwaktu malam, segalanya kelihatan indah diwaktu malam ibarat artis yang disolek hehe.. bila siang ermm..




Sesudah meronda kita makan- makan...






Makan di Restoran melayu Champa tidak jauh dari Dataran Sihanouk. Harga makanan di restoran awam tempatan begini lebih berpatutan berbanding di restoran yang  lebih khusus kepada pelancong.

Tak silap harga makan 4 orang dengan pelbagai menu tidak melebihi 50 ribu duit Kemboja atau kurang Rm 50.

Kalau restoran khusus pelancong, mau seratus ringgit lebih. Inilah untungnya meronda bersama orang tempatan yang tau dimana restoran halal .

Rasa?.. ikut tekak masing masing, orang tempatan pastinya sangat berselera. Orang lain tak pasti, untuk penulis mujur dihidangkan juga limau nipis...

Esok hari ke 5 kami akan kembali ke tanah air. Sebelum itu akan singgah di Pasar Rusia, destinasi wajib pengunjung Malaysia...



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK