Penerbangan Cologne- Lisbon 2.40 jam saja..tapi mengalami kelewatan hampir setengah jam kerana menunggu giliran trafik udara sebelum berlepas.
Masalah hari pertama Lisbon mencari hotel yang ditempah. Hotel memang ditempah berdekatan dengan metro dan berhampiran dengan masjid.
Sejak dari Germany telah mengkaji laluan metro atau bas untuk kesana jadi yang ini mudah. Ada salah faham semasa menempah sebenarnya. Penulis memilih hotel tapi dalan urusan tempahan orang rumah yang uruskan. Dalam benak Vip Grand Lisbon Hotel...VIP Grand Lisbon Hotel..jadi setibanya terus mencari VIP Grand Lisbon Hotel.
Isunya tidak boleh menggunakan data internet yang dibeli di Germany di Lisbon, jadi mencari sana sini secara manual, bertanyakan orang ramai. Penduduk tempatan pula tidak fasih berbahasa English.Setelah bersusah payah mencari, naik keluar masuk metro dan menemui VIP Grand Lisbon Hotel, nama tiada didalam sistem. Adoii..Muka orang rumah dah ketat sebab kepenatan.. Menggunakan wifi hotel dan mencari maklumat tempahan baru perasan orang rumah menempah VIP Executive Hotel... bukan VIP Grand Lisbon Hotel dan VIP Excutive Hotel pula ada di banyak tempat, agak mencabar mencari tanpa bantuan internet.
Berpandukan peta manual yang staff VIP Grand Lisbon bekalkan kami berjaya mencari penginapan yang ditempah. Hanya 5 min dari metro dan tadi kami telah pergi ke situ bertanya dan ditunjukkan ke destinasi lain..
Kepenatan terubat melihat hotel yang ditempah..walaupun sedikit mahal tapi berbaloi untuk penginapan 3 malam.
Check in ..makan roti dan buah saja, mandi-mandi, solat...terus tidur sebab malas nak mendengar pot pet bini yang teruk kepenatan ..Dia yang salah tempah kita yang disalahkan. hehe
No comments:
Post a Comment