Tiada acara khusus sepanjang lawatan kami 5H4M, semuanya dirancang adhoc. Kelebihan cara ini kita tidak terikat dan perubahan boleh dibuat bila-bila masa. Ketika ini berkeputusan ke Sihanoukville, bandar pelancongan tepi pantai. Dulu bermotor tidak kesampaian untuk singgah disini.
Singgah dulu di masjid Pnom Penh sumbangan kerajaan Arab Saudi, semasa kami datang bermotor 2013 masjid masih dalam pembinaan. Di Kemboja penduduk muslim dibawah 5 peratus sekitar 700ribu orang.
Kesesakan di Pnom Penh bukan kaleng-kaleng. Corak pemanduan siapa berani kedepan yang takut ketinggalan. Hon itu biasa. Bersopan itu luarbiasa. Tapi sesama pemandu saling mengerti dan tiada gaduh-gaduh.
Dalam perjalanan menuju ke highway Sihanoukville, keluar dari pusat bandar kenderaan mulai berkurangan.
Highway baru dibuka pertengahan 2022, tempoh perjalanan Pnom Penh-Sihanoukville dipendekkan dari seharian kepada hanya 2 jam setengah.
Tol 10usd+ untuk jarak 180km. Kenderaan tak banyak.
Kenangan 2013, bermotor dari Malaysia..Sekarang tak sanggup dahh...
Hari kedua sesudah meronda Sihanoukville akan ke Kampong Cham pula, tempoh pemanduan dalam 5 jam lebih.
30 USD tu dalam RM130+++ ke.
ReplyDeleteYea ckg..kadar murah dari ini pun ada kalu rajin mencari.
Delete