Meneruskan aktiviti riadah mingguan, Ahad kami ke Taman Rekreasi Hutan Bandar USJ 3. Usaha yang bagus menggabungkan kawasan hijau dengan taman riadah. Akta pembangunan taman perumahan, 30 peratus keseluruhan kawasan hendaklah digazetkan sebagai kawasan hijau. Hutan bandar cuba menghijaukan lagi taman awam dengan pelbagai spesis flora..Bila Flora berkembang fauna turut bertambah. Dengan adanya kawasan hijau suhu persekitaran dapat dikurangkan sehingga 20 peratus selain bertindak sebagai penapis pencemaran.
Di sini terdapat laluan berpanggung yang turut disediakan wakaf dan bangku. Kemudahan seperti ini boleh juga didapati di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Sepanjang laluan ditanam dengan pokok bunga menjalar.
Keluasan hutan bandar tidak besar, Banyak peralatan kecergasan disediakan disepanjang trek. Sesuai untuk riadah ringan.
Sangat sesuai untuk warga tempatan namun tidak berbaloi untuk pengunjung luar yang jauh.
Keseluruhan rating 6/10.
No comments:
Post a Comment