Hidup ini adalah pengembaraan...jika minggu lepas ke utara, minggu ini kami ke selatan. Ada sikit urusan kedai di Parit Raja Batu Pahat. Sesudah itu terus ke Kota Tinggi, bertandang ke rumah abang di sana, teruja melihat perkongsian gambar-gambar kebun teroka beliau. Sesudah pencen saban hari berulang alik ke kebun. Kebun pun cuma 10-15 minit dari rumah. Kebun ditanam dengan pelbagai pokok buahan dan sayuran kegunaan sendiri. Bila berbudi pada tanah dapatlah imbuhan badan berpeluh selain hasil kebun. Kebun tak luas tapi memadai untuk memanfaatkan waktu terluang. Tanah teroka di rizab sungai, walaupun telah diusahakan memohon geran TOL, nampaknya belum berhasil.
Lain macam pokok tebu ini mempunyai ruas yang panjang, pokok disiram dengan baja organik hasil peraman campuran air udang, gula merah, air beras tebu dan pelbagai sisa kulit buahan.
Ujian yang terbukti berkesan ini akan penulis tiru dikebun sendiri.
Pokok yang ditanam dari biji lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran berbanding anak pokok nurseri yang lebih manja..
Teruja mengetahui hasil buah setelah matang. Berisi tebalkah atau nipiss...
Ini pula kebun berjiran diusahakan cikgu pencen dari Tg Karang Selangor yang kini menetap di Kota tinggi. Kebun 3 ekar ditanam dengan pokok kelapa, kini berusia 2-3 tahun mula berbuah sulung. Bila mula berbuah keseluruhan nanti boleh lah panggil peraih datang..Selain kelapa terdapat juga pokok durian, cempedak, nangka dll.
Untuk orang berpencen apa lagi mau..duit pencen ada, hasil sampingan kebun masyuk...wah.. wahh..
Jom jom berkebun...
No comments:
Post a Comment