Segalanya tidak dirancang, anak cucu balik malam Sabtu kerana menantu berkursus sehingga Isnin di Lembah Klang, kita pun menghantar anak cucu balik semula ke Perak sebab Isnin anak berkerja.. Dah alang-alang ke utara, takkan pergi hantar dan balik sahaja, kita lajakkan terus ke Siam.
Nak raikan kebebasan ke luar negara tanpa perlu minta izin mana- mana pihak penguatkuasa. Sebelum ini terpaksa meminta kebenaran dari KWSP dan kini kes mahkamah telah selesai. Perasaan yang lain macam gitu..Hari berkerja pintu sempadan harapnya tidak sesak.
Bagi yang suka meronda, Siam memang destinasi mudah rakyat Malaysia. Di Malaysia dah habis pusing satu negara, nak kerap sangat ke Sabah dan Sarawak pun kos tak lah murah disebabkan kos tambang kapalterbang yang mahal, jadi destinasi pilihan berbaloi meronda jalan darat adalah ke Siam. Siam pun sangat luas, banyak tempat yang belum dijelajahi. Kos penginapan dan makan pun tak begitu mahal, cuma kos minyak yang lebih tinggi tapi kelebihan disana banyak jalanraya tidak bertol.
Selatan Thai sehingga ke Genting Kra bahkan ke Bangkok dulunya merupakan sebahagian rumpun melayu, hanya bila sudah berasimilasi dengan pelabagai bangsa Thai, kita pun dah tak boleh beza, walaupun rupa hampir sama tapi bahasa pertuturan dah berbeza..kalau lelaki muslim memang sukar untuk dibezakan, wanita agak mudah sebab ramai yang bertudung. Bab makan-makan memang memenuhi dengan selera kita. Cuma selepas Bangkok ke utara, walaupun tomyam tapi rasa sudah jauh berbeza..mungkin lebih memenuhi citarasa orang- orang sebelah sana.
Di Siam nanti rondaan lebih mengikuti naluri, tiada lokasi penginapan spesifik ditetapkan, jadi route boleh sentiasa berubah, cuma dengan tempoh kurang seminggu disana, jarak rondaan tidak boleh dirancang sangat jauh, cukup maksima ke Chumpon.
Kembali akan melalui timur Selatan Thai dan Semenanjung...
Bestnya dapat ronda2 selatan siam
ReplyDelete