Bulan Ogos ni genap setahun motor berselimut, langsung tak dihidupkan enjin sehingga bateri pun dah kong. Dah tak teruja membawa motor.., faktor usia barangkali, semangat masih berbaki tapi kudrat tak berapa mengizinkan. Sakit punggong bila terlalu lama duduk di atas motor, tambahan kena penyakit gout ermm terus semangat memudar.
Setelah lama diiklankan untuk dijual, ada pembeli menunjukkan minat., kita pun persiapkan dulu motor supaya bila datang merisik nanti terus berkenan untuk membeli. Bateri ditukar baru, begitu juga minyak enjin dan filter..Mana-mana kerosakan dibaiki. Walaupun enjin lama tak dihidupkan, apabila ditukar bateri, pulas starter terus enjin mengaum.
Motor ini sepanjang penggunaan tidak memberi sebarang masalah..
Ikutkan sayang memang sayang..motor ini lah cinta pandang pertama. Mula berjinak dengan motor sekitar 2009 sangat berkenan dengan model ini, tapi motor ini berat dan tinggi, tak sesuai untuk mereka yang baru berjinak jinak dengan motor besar, pendamkan hasrat, .Setelah berpengalaman hampir 5 tahun bermain motor kembali mendapatkan model yang didamkan.
Walaupun model baru telah beberapakali diperkenalkan dipasaran..model tahun pembuatan 2011 ini juga tetap dihati..rekabentuk lebih seimbang dan garang serta mampu bertahan lama...
Berbanding model baru, penjagaan juga lebih murah kerana model ini sudah menerima pebagai penambahbaikan dan terbukti lasak.
Tengoklah bagaimana respond bakal pembeli nanti, terjual ok..tak jadi pun tak mengapa..sekarang sedang membina semangat untuk memulakan bermotor lagi walaupun tak mungkin seaktif dulu...Gout pun sudah semakin sembuh...yahoo.
No comments:
Post a Comment