click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 6, 2024

Pulau Besar Mersing episode 1...

Selalu bila sebut pulau di Mersing orang segera teringat Pulau Tioman, sedangkan banyak pulau-pulau menarik lain yang boleh dikunjungi.., Pulau Aur, Rawa, Tengah, Tinggi, Babi Besar, Pemanggil dll

Misi berkunjung ke pulau-pulau Malaysia membawa kami ke Pulau Besar, dulu lebih dikenali sebagai Pulau Babi Besar.

Bergerak  pagi dari Kota Tinggi, menuju ke Mersing. Jalan- jalan di Johor memang best, lebih 80 peratus berpermukaan cantik manakala kiri-kanan jalan rumput berpotong rapi. Semasa melalui laluan Kluang -Kota Tinggi sedap menekan minyak di laluan lurus memotong kenderaan-kenderaan berat...Jalan Kota Tinggi- Mersing lebih berliku, pemanduan terpaksa lebih santai.



Saat memasuki bandar Mersing disajikan pemandangan  pintu gerbang cantik. Ini antara perubahan menarik d Mersing... kini sebahagian jalan telah dinaik taraf kepada 4 lorong. Kita sangat merasai perubahan ini kerana dulu Mersing antara destinasi wajib datang, sebab anak bongsu belajar di MRSM Mersing...Gandingan Mersing adalah Besut, kerana anak ke 4 bersekolah di MRSM Besut, sebab itu menjiwai perubahan yang berlaku setiap kali melalui jalan-jalan sekitar pantai timur, utara ke selatan.. Selalunya ajan  melawat Besut dahulu kerana ketika itu Johor bercuti hujung minggu pada Ahad sedangkan Trengganu bercuti Jumaat..Berpergian  Khamis, Isnin baru kembali semula je KL..



Kunjungan terdahulu Mersing semasa ke Pulau Tioman, bangunan ini telah ada bezanya kaliini pengunjung lebih meriah. Menurut penjaga parkir, semasa cuti sekolah atau cuti umum keadaan lebih padat...

Kami menempah penginapan di kaunter melalui agent resort di Jeti Mersing. Berbanding Tioman, tidak banyak pilihan penginapan di Pulau Besar. Tiada penyedia kecilan persendirian. Penginapan 2H1M RM900+, penginapan Chalet RM450, Makan 3 kali RM250, pengangkutan Feri pergi balik RM200 dan fees Taman laut negara RM10.


Walaupun hari biasa, jeti tetap sibuk...pengunjung Mat Salleh pun ramai..





Ramai yang ke Tioman barangkali, pengunjung ke P.Besar tidak begitu ramai...



Perjalanan hanya mengambil masa tidak lebih 30minit...






Fuh serius best...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK