Kalau dulu sangat kerap ke Tasik Rekreasi Antara Gapi, Serendah ini untuk berjogging biarpun untuk sampai ke sini mengambil masa hampir setengah jam dari rumah...Sejak sering bermalam di rumah istirehat ini lebih 5 bulan, ermm hanya sekali beriadah di taman...begitulah yang selalu berlaku, orang yang jauh lebih dulu datang berbanding mereka yang tinggal berhampiran.
Harini Sabtu terdapat program hari Aids Sedunia di taman tasik ini anjuran Majlis Agama Islam Selangor dan Pejabat Kementerian Kesihatan Hulu Selangor, kempen kesedaran membuang stigma penyakit aids boleh merebak melalui jangkitan biasa seperti bersentuhan dsb
Pogram dimulakan dengan senamrobik ..
Biarpun langkah sumbang, tak kesahlah, yang penting turut memberi sokongan moral menjayakan pogram.
Disepanjang trek diletakkan info berkenaan stigma Aids..bagus juga program sebegini..sambutan boleh tahan meriah melebihi 200 peserta ..peserta dari rumah pengasih, pemulihan penagih dadah pun ada...
Beberapa siri ceramah mengenai aids diadakan disamping booth pameran peserta program dari KKM, MAIS dan PDRM ..
Pertandingan melukis kanak-kanak turut diadakan.
Hampir 90 peratus pesakit aids disumbangkan dari penagih dadah dan pengamal seks bebas.
Pemeriksan kesihatan percuma dari pihak KKM Hulu Selangor, manakala dari pihak MAIS menyediakan info penyertaan program pemulihan akidah juga..
Penginapan dekat, sehabis sarapan terus balik..boleh saja mendengar ceramah sambil bergolek di ruang tamu melalui pembesar suara...
No comments:
Post a Comment