Sesudah urusan kerja di Parit Raja, kami meronda tanpa hala tuju ..tiada destinasi spesifik akhirnya membawa kami ke Benut dan Rengit.
Semasa di Benut terpandang orang berjual pokok tanaman, menyinggah dan membeli 2 pokok nangka cempedak, RM20 sepokok..Pernah cuba banyak kali menanam pokok cempedak di kebun bukit, tiada satu yang berjaya kerana sangat diminati haiwan liar ..dicabut sehingga akar. Kaliini mencuba spesis cempedak kacuk nangka pula yang akan dipagar dengan tayar berlapis selain pagar net hitam. Harapnya benih dari Benut ini berjaya hidup dengan jaya..
Meronda sebegini syok dibuat ke destinasi yang jarang kita terokai, melihat suasana baru lebih lebih lagi di negara luar, tempat sendiri tak begitu teruja kerana sudah boleh menduga gambaran sepanjang destinasi. Di tempat orang boleh memandu santai tanpa sedikit pun rasa mengantuk sebab meninjau suasana serba baru dan asing. Sepanjang ronda- ronda begitu boleh menyinggah ke beberapa tempat yang dirasakan menarik...
Seingat penulis kebanyakan singgahan kami dalam negara di daerah daerah kecil sepanjang jajaran pantai barat Johor seperti Pantai Punggur,Pantai minyak Beku, Semerah, Pt Jawa dll memberi impresi tidak baik..Prasarana ada tapi keadaan tidak terurus, termasuk gerai gerai jualan dan tandas awam. Sebenarnya bukan saja di Johor bahkan hampir semua tempat seluruh negara..Ini yang sangat pedih setiap kali menyinggah... Keadaan ini disebabkan pengunjung yang tersangat kurang kerana tiada promosi berterusan untuk memungkinkan kegiatan ekonomi setempat berkembang maju..Papan- papan tanda mega perlu dipasang merentasi jalan utama untuk menarik minat orang tempatan dan luar berkunjung ke sana.
Tanpa promosi, adalah pembaziran menyediakan prasarana sekadar untuk menghabiskan peruntukan perbelanjaan, kemudiannya prasarana yang dibina terbiar kerana tidak dapat menjana pulangan.
Cabaran juga ya hendak tanam pokok. Haiwan liar sudah tidak ada habitatnya lagi, itu sebab dia masuk kampung cari makan.
ReplyDeleteSemoga berjaya membesarkan nangka cempedak tersebut
ReplyDelete