Biar pun kecil, Kembara sangat versatil, cakap saja apa barang..batu kayu semua boleh diangkut, cuma kuantiti perlu lah berpada pada. Tangkas mendaki laluan sempit.
Ini yang dikatakan, diluar flet didalam setinggan..sendat dengan segala jenis barang selagi boleh sumbat..
Kayu panjang 7' tetap boleh diangkut, disusun menyilang, bahagian depan ditumpang di atas dashboard membawa ke cermin belakang.
Kayu melebihi 7 kaki , boleh diangkut diatas bumbung..cuma rak perlu disediakan terlebih dahulu.
Mesin rumput, tong-tong sampah, anak-anak pokok disusun di ruangan kosong lain.
Rumput rampai liar dari rumah istirehat, terpaksa dilupus di belukar kebun..Tak sabar menunggu kontraktor majlis perbandaran datang mengangkut yang tak diketahui jadual . Mujur hanya rumput, itu sebab tak mahu menanam pokok pokok di halaman rumah ini..berbanding rumah lama di sana terdapat tanah kosong untuk membakar sampah berdaun untuk dijadikan baja kompos...
Semakin sayang dengan Kembara...
No comments:
Post a Comment