Kayu terpaksa menjulur melebihi ekor Kembara. Pintu bonet Kembara dibiarkan terbuka setelah diikat kemas..
Penghantaran awal pagi hujung minggu ketika kenderaan dijalanraya tidak banyak, berjalan lancar. Itupun ada juga pengguna jalanraya menoleh beberapa kali ketika memotong. Pelik barangkali, secilik-cilik Kembara disumbat dengan kayu panjang
Jarak rumah dan kebun pun tak jauh sekitar 20 minit pemanduan. Selesai masalah melupuskan kayu panjang..sebelum ini terlintas untuk memotong kayu dulu, mujur tidak meneruskan hasrat tersebut.
Berbanding meletakkan kayu di bumbung, meletakkan kayu di dalam kenderaan lebih selamat. Bonet yang diikat kemas ke badan Kembara bertindak sebagai penahan kayu daripada menggelongsor. Kayu pula diikat kemas pada badan Kembara. Sehingga ke kebun ketegangan ikatan kekal sama biarpun melalui pendakian jalan off road bermakna kayu kekal stabil di tempatnya.
Selepas ini dah tak perlu pening mencari kenderaan untuk menghantar kayu panjang.
Cuma sekarang sedang mencari jalan bagaimana untuk membawa keluar masuk Atv ke kebun menggunakan Kembara pula..Pening jika tiap kali ATV bermasalah terpaksa membawa pomen naik ke kebun..berapa banyak peralatan yang perlu dibawa..Atv telah beberapa minggu tersadai sebab gear tercabut..panggil pikap pun bukan boleh naik sehingga ke kebun, cuma si cilik dan licik ini saja harapan..
cilik cilik cili api ni. Jenuh juga tu nak angkut kayu. Semuga dipermudahkan pula bawa atv tu.
ReplyDelete