Melihat perkongsian petani, macam mudah saja mengahwinkn anak pokok..ramai yang cakap anti gagal, bila kita mencuba belum ada yang berjaya. Kalau melalui kaedah tot yea, lebih 90 peratus berjaya..
Dulu pernah mencuba mencantumkan pelbagai spesis pokok bunga kertas..ermm pucuk baru kelayuan..
Kaliini mencuba mencantumkan pokok mangga pula...Kebetulan terdapat anak pokok mangga tumbuh meliar, kita pindahkan ke polibeg...makin lama membesar dengan baik..jadi diikhtiarkan dikahwinkan dengan pucuk pokok yang telah berbuah..
Harap menjadilah percubaan ini..
Bila berjaya nanti, semangat untuk mengawinkan anak pokok avocado di polibeg pula sebelum dipindahkan ke kebun. Daripada 30 biji yang disemai, 8 pokok berjaya tumbuh..benih yang lain kekeringan..
Dah merisik pucuk avocado rakan di Hulu Selangor sana.. Rakan tani ini turut mengkahwinkn pokok avocado di kebun Puncak Rasa.. Kejayaan cantuman di lapangan sekitar 60 peratus..Yang belum menjadi akan diulang kemudian...
Berjaya atau gagal itu belakang kira. Kalau tak dicuba, kita tak tahu.. yang penting...semangatt..
Kalau tenguk kat fb tu best je bila jadi malahan ada tu pokok kecil je tapi buahnya melayut2. geram tenguk. Semuga berjaya
ReplyDelete