Sesudah subuh bergerak ke kebun...perjalanan diselubungi kabus.
Beginilah keadaan rangka pondok yang terlentuk.
Aktiviti terdahulu berhenti ketika gagal menaikkan lantai simen..Rangka pondok masih tidak kukuh untuk menampung beban lantai simen lalu tersembam ke bumi..Lagipun bulan puasa, teramat dahaga untuk menyambung kerja..
Awal pagi semangat pun tinggi, badan segar, persekitaran dingin, mudah dan sekejap saja membaikpulih rangka, struktur diperkukuh disegenap sudut. Rangka disapu dengan minyak enjin terpakai supaya lebih tahan.
Bila teknik betul, tenaga dan minda segar, mudah mengatasi halangan..tak sampai 10 minit lantai simen berjaya dinaikkan.
Pondok tak besar, lantai 8'x4'. Namun mempunyai pilihan membina pangkin kiri dan kanan supaya 3 orang dewasa boleh berbaring dengan selesa...
Akan siapkan tandas..belikan lapik lembut tebal..boleh ajak orang rumah bercamping sambil masak- masak..
Line telefon pun penuh.
Lokasi pondok sangat strategik di sebalik rimbunan pokok, dari pagi sehingga tengahari sentiasa redup dan berangin. Tidak juga berasa sunyi sebab nampak pemandangan tanah tinggi luas
Berbanding pondok pertama, pondok ke 2 tiang bawah tak tinggi untuk memudahkan memanjat..
Rangka bumbung akan mengunakan besi ringan..
Bersambung...
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga siap sepenuhnya