click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, June 21, 2026

Selamat Jalan Bas mini..


20hb June 2026 berakhirlah keberadaan Kiosk Gunting bas mini di Bandar Country Homes Rawang Selangor, setelah lebih 5 tahun berhujan berpanas di lokasi tersebut.

Kini dimiliki pemilik baru, diberi nafas baru akan berpindah ke lokasi  Parit 10 Sungai Besar Selangor, bukan lagi sebagai kiosk gunting, tapi dijadikan tempat bergambar penghuni homestay pinggiran sawah. 



 

Penghadang terpaksa ditumbangkan untuk membawa keluar bas..



Pemilik baru telah menukar tayar depan dan belakang, jadi tiada masalah untuk menarik bas. Tanpa enjin, bas adalah ringan. Dulu bas dinaikn terus ke atas lori..



Tak pasti apa akan jadi dengan tapak ini..namun dijangka akan kembali semak dan jadi tempat buangan sampah semula.

 Terjadi perselisihan siapa pemilik sebenar tapak, pihak pengurusan flet atau JMB menyangka, tapak adalah milik mereka sebab itu kami mendapat surat izin menempatkan bas di situ, hanya akhir-akhir ini majlis perbandaran mendakwa tanah itu milik mereka namun  belum cukup yakin tanah itu adalah miliknya, sebab tu kawasan ini sentiasa terlepas dari dibersihkan kontraktor pembersihan MPS dan dibiarkan tak terurus.

Semasa bas mini menumpang di situ, menunaikan syarat keizinan JMB, kami  membersihkan persekitaran, sejak gagal mendapat permit sebaliknya dapat surat pindah, kita pun dah tak bersemangat membersih lagi..

Sekarang dah pindah terasa amat lega tidak lagi memikirkan keadaan bas yang  semakin uzur selain pemandangan persekitaran yang semakin  terabai...



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK