Kali terakhir ke Sumatera adalah pada 2011, 7 tahun sesudah tsunami dahsyat 2004. Bagaikan baru saja berlalu walaupun sudah menginjak 15 tahun. Menyoroti diari lama pengembaraan itu, membangkitkan keterujaan untuk mengetahui perkembangan terkini Sumatera sesudah 15 tahun berlalu..
2011 meronda mengelilingi separuh Sumatera menaiki kapchai bersama seorang rakan, bermula dari Medan mengelilingi laluan timur ke barat melengkapkan satu pusingan melewati Bukit Tinggi sebelum ke Medan semula., menyaksikan kesan teruk tsunami di Acheh biar pun peristiwa itu sudah hampir 7 tahun berlalu, kesan kerosakan masih jelas kelihatan di sana sini, jalan jalan masih belum berhubung sepenuhnya..menyeberangi sungai menaiki rakit .
Akibat pergerakan yang tidak lancar, hasrat mengelilingi satu Sumatera tidak tercapai, padahal ada lagi beberapa nama besar di selatan Sumatera yang belum sempat dikunjungi..antaranya Padang, Bengkulu, Lampong dan Jambi untuk melengkapkan rondaan keseluruhan pulau.. dan kebetulan juga teman kesuntukan masa kerana perlu kembali bertugas.
Ronda- ronda kaliini pada 16 Ogos-19 Ogos 2026 menunaikan hasrat terpendam iaitu ke Padang, berbeza dengan kunjungan terdahulu, kalini mengikuti rombongan ibu-ibu..Baki bandar- bandar lain akan dikunjungi jika diberi kesempatan bersama rakan- rakan camping pula, bukan bermotosikal tapi berkenderaan 4 roda sesudah ronda- ronda kepulauan Borneo nanti..











No comments:
Post a Comment