Selesai mendaftar alhamdulillah dapat 4 guni 50 kilo setiap satu baja Nitrophoska 15-15-15 ..Menurut senarai dalam 300 orang yang menerima. Bantuan 6 bulan sehingga Disember, stok diterima ini untuk bulan Jun dan Julai.
Menurut pegawai tak perlu mengisi borang lagi untuk pelbagai bantuan akan datang jika nama pekebun telah didaftarkan di pejabat pertanian daerah. Baja sumbang pkps negeri Selangor dibawah insentif kerajaan negeri..
Tak dapat baja organik, baja kimia pun kimia lah.. sebolehnya kita memang tak guna baja kimia di kebun ..Kebun kecil jadi sebolehnya biarlah yang organik saja..ada yang cakap rasa buahan baja organik lebih sedap, wallahualam..
Baja kimia penggunaan pun tak berapa arif, berbanding organik, penggunaan baja kimia boleh merosakkan tanah dan pokok itu sendiri, terlebih doze pokok pun ikut mati..sebab itu kita suka yang organik..main tabur saja..
Melihat harga di shopee boleh tahan mahal harga baja ini, seguni 25 kilo berharga hampir 200.. kita dapat seguni 50 kilo, dapat 4 guni bermakna hampir 1600 menurut harga pasaran terbuka..
Bacaan internet penggunaan baja kimia Nitrophoska 15-15-15 pun sikit saja 10-15 gm sepokok menurut saiz..pergh kita dapat dekat 200 kilo, bila nak mengabiskan camtu..











Alhamdulillah, rejeki dapat bantuan baja. Baja kimia memang perlu untuk pertumbuhan pokok yang cepat dan sihat.
ReplyDelete1 beg nitrophoska 50 kg tu lebih kurang RM 200 harganya.