Kabin CamperKembara kini berwajah baru..
Set up platform kabin lama agak leceh untuk di pasang.. Kita maukan set up yang serba ringkas, mudah dipasang dan mudah ditanggalkan kerana Kembara lebih untuk kegunaan kebun.
Mulanya ingin mengubahsuai ruangan kabin Ativa namun banyak perkara perlu diubahsuai, dikhuatiri menjadi hangat hangat taik ayam. Bila melibatkan banyak perkara remeh kita pun jadi malas..
Biarpun terpaksa membersih ruangan kabin Kembara, bila difikirkan bagus juga, sesekali membuat pembersihan menyeluruh setelah acap kali mengusung barangan kebun.
Untuk lebih berketerampilan ruangan kargo telah di spray cat semula.
Ruangan kabin Kembara memang sudah dibiarkan lapang untuk kegunaan kebun, jadi lebih mudah membina platform. Sesudah bercamping setiap komponen mudah disimpan di stor..
Memasang dan membuka semula platform tak sampai 10 minit. Supaya ruangan kabin tidak terlalu menjolok mata, platform dicat hitam manakala tingkap akan dipasang lapisan filem gelap.
Sesudah bercamping, Kembara kembali kepada kegunaan asal, diisi dengan barangan Kebun..!
















No comments:
Post a Comment