click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, January 3, 2013

Kembara Ayuthhaya- Kilang payung, Kebun Strawbery dan Monkey Show..

Berdasarkan carian di internet sukar juga mencari tempat menarik unik untuk dikunjungi di Chiang Mai...antara lain carian menyenaraikan zoo, pertunjukan gajah, sekolah monyet, aktiviti berkayak, berbasikal, melawat sekolah memasak , kilang payung, melawat wat dsb sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi...sedangkan bagi aku hanya senaraian dua yang pertama menarik minat...Pertunjukan gajah telah dilawati di Lampang dan pagi itu tumpuan kami terarah kepada melawat sekolah monyet di Mae Rim berkedudukan 40Km dari Chiangmai. Kebetulan kebun strawberry dan anggur juga terdapat di tanah tinggi Lameung yang tidak jauh dari Mae Rim. Dengan bantuan GPS, kami  melawat kebun Strawberry dahulu di ikuti dengan lawatan ke Mae Rim ....

Untuk tidak menghampakan kaum ibu dalam perjalanan ke Samoeng, kami menyinggah kilang payung di Kampheng San. Lawatan yang dijangka sekejap rupanya berlarutan sehingga berjam disana...





 Kilang payung kertas berstrukturkan buluh yang semakin pupus dihidupkan untuk tatapan pelancong...

                            
 Aktiviti melukis pelukis-pelukis kreatif yang asalnya khusus melukis corak pada payung-payung kertas turut ditawarkan kepada pengunjung untuk melukis corak pada  pada baju, handphone dsb.



Kami turut membeli sentuhan artis ini...

Bermotor sudah, bekenderaan empat roda sudah..kembara akan datang insyaAllah berbasikal pulak...he he..

Tanpa diduga bertemu dengan rombongan dari Malaysia yang kebetulan berasal dari Bandar Baru Kundang, Selangor  yang sangat hampir dengan taman perumahan kami...mereka berombongan melalui pakej pelancongan yang dibeli semasa Matta Fair menaiki Air Asia. Kos melawat Chiangmai selama 5 hari 6 malam adalah RM1700 seorang. Terkejut beruk bila diyatakan kami hanya memandu dari Kuala Lumpur ke sini...he he apa yang nak dihairankan ...sedangkan dengan berbasikal, ramai yang telah mengelilingi dunia apalah sangat menaiki kenderaan empat roda yang serba selesa...selagi ada kemahuan disitu ada jalan...alah bisa tegal biasa...

Lawatan seterusnya adalah ke tanah tinggi Lameung...beriya benar ahli rombogan yang lain ingin melihat tanaman strawberi Thai...erm padahal sama saja dengan strawberi Cameron Highland...




 Kebanyakan kebun strawberi yang kami kunjungi ditanam diplot tanah bersekala kecil..kebun-kebun besar terdapat di pendalaman berdekatan Daerah Pai yang  hanya selesa diakses menggunakan pacuan empat roda....



Namun begitu kebun sekecil ini turut dipromosi sebagai salah satu produk pelancongan yang mesti dikunjungi...



 Aku percaya sekiranya ladang sawit dan getah kita yang luasnya saujana mata memandang boleh dieksploitasi untuk menarik minat pengunjung luar merasai pengalaman baru yang tiada ditempat mereka...






Lokasi  kebun strawberry agak terpencil di Lameung melalui jalan kecil berliku..bagi mereka yang pernah sampai ke Mae Hon Son ataupun Pai ..laluan adalah lebih kurang sama tapi berskala kecil. Agak lambat  tiba di Mae Rim untuk lawatan ke sekolah monyet...Ikuti coretan esok...



Wednesday, January 2, 2013

Jom Ayutthaya-Chiang Mai...










Setibanya di Chiangmai, kami memilih penginapan berhampiran dengan tapak bazar malam...Sememangnya sukar mencari penginapan yang murah kerana pelancong luar  yang ramai. Berjaya mendapatkan hotel 900 Baht sebilik. Lokasi ini sangat berdekatan dengan masjid di Halal Street Hilal Town, Chiang Mai.. Kedapatan banyak gerai dan restoran menjual makanan halal disini. Makanan western, arab   india dan pastinya thai mudah diperolehi..pengamatan aku, tomyam di utara Thailand rasa berlemak seperti di bubuh susu..Aku lebih suka tomyam selatan.....

                           

                           
Oleh kerana kami tiba awal, malam tersebut  kami meronda bazar malam dan kawasan persekitaran...bila kepenatan cari saja tukang urut kaki yang banyak menyediakan khidmat di kawasan pasar dengan harga serendah 150 baht....

Tiada banyak bezanya antara pasar malam uptown disana dan di Malaysia..tapi mereka mempromosi keunikan pasar malam kepada pengunjung luarnegara.  Dan benar.. sausana seumpama pesta..gerai-gerai yang didirikan sepanjang jalan dan kawasan parking dipenuhi pengunjung-pengunjung luar terutamanya mat-mat salleh. Harga jualan tidaklah murah dan perlu tawar menawar. Tiada barangan yang aku beli...



Tuesday, January 1, 2013

Jom Ayuttayya- Pusat Konservasi Gajah Lampang


Sempena cuti tahun baru 2013  nih jom berkongsi pengalaman bersama kami...kita pergi ke Pusat Konservasi Gajah di Lampang...!

Ternyata keputusan menginap di Lampang adalah tepat.  Semasa mengunjungi pusat beli belah sempat bertanyakan penduduk tempatan mengenai lokasi menarik yang boleh dilawati di sini. Kami dicadangkan mengunjungi pusat konservasi gajah terbesar di Thailand...Ho ho memang cadangan yang baik. Seawal 9 pagi kami sudah menuju ke sana yang berjarak hanya 40Km dari hotel  dan kebetulan pula lokasi berada dalam perjalanan ke Chiangmai...

Tiket masuk adalah 170 Baht seorang


 Daripada kereta rosak sebab kurang berjalan lebih baik dilenjan bawa merata...Kalau ada kelapangan boleh terus ke Kemboja@ Vietnam.@ China..dan mana tahu Russia... aargh dah alang.alang terus saja ke Europe...hehe..

Tn Hj Khalil Ahmad, isteri dan anak-anak dan keluarga kini tinggal di PPinang...2 lagi anak tidak turut serta. Kami pasangan suami isteri merupakan kawan sekelas sewaktu di U dulu... Jom berkereta ke London brader...!





                            
Sawadikaap...!






 Aksi yang menakjubkan...

 Gajah dipimpin tuan gembala melukis potrait yang tersangat cantik...!


 Cantik, menarik, hebat...! Aku sambar potrait gajah 500Baht satu...






Selesai lawatan terus saja ke Chiangmai yang berbaki jarak dalam 90km. Jom ke sana...!

Monday, December 31, 2012

UPSI Xtreme Rainforest MTB Jamboree 2012...

Aku tangguh dulu cerita Kembara Ayuthaya untuk memberi laluan cerita riadah berbasikal.





 Aktiviti berbasikal nampaknya menduduki carta teratas aktiviti riadah aku sekarang berbanding bermotorsikal..Memang memenatkan tapi keinginan  berbadan sihat menjadi pendorong aku berbasikal. Bermotorsikal aku reserve untuk riadah jarak jauh.   Khamis 27hb Disember berkayuh dari UIA Gombak ke  Genting Sempah sejauh 34KM pergibalik. Memang dekat tapi laluan pergi sejauh 17km adalah mendaki sahaja...






Dan semalam Ahad 30hb Disember 2012 aku dan sparring partner menyertai Xtreme Rainforest MTB Jamboree 2012 anjuran UPSI Tanjung Malim. Penyertaan sangat menggalakkan bilamana lebih 1200 peserta menyertai acara ini. Peserta dihidangkan dengan kombinasi trek  ON Road dan OFF Road sejauh 43km.
                                 
                               
Seawal maghrib 29hb kami dah tiba di  UPSI untuk pendaftaran...takdalah bersemangat sangat untuk menyertai perlumbaan cuma teruja bermalam dikhemah yang kami pacakkan diperkarangan universiti. He he ramai juga yang turut berkhemah seperti kami. Sesekali berkamping mengembalikan  nostalgia zaman remaja...adat berkongsi kemudahan asas tandas dengan ramai orang, terpaksa bersabar...terasa lama semasa menunggu tetapi terasa singkat bila tiba giliran kita menggunakannya...rasanya seolah tak sempat berbuat apa-apa, pintu tandas sudah diketuk memberi isyarat ada orang yang  ingin menggunakan tandas ..huhu..




                           

Berbanding jamboree yang aku sertai terdahulu nampaknya ada sedikit peningkatan dalam pencapaian kedudukan. Jamboree pertama di Sg Buaya, Hulu Selangor dulu aku mendapat tempat ke 700 dan kini nampaknya naik ke 292 dari jumlah penyertaan yang hampir sama...Ada beberapa faktor yang melonjakkan pencapaian yang lebih baik. Stamina yang semakin baik  mungkin memberi kelebihan, tapi yang melonjakkan ranking sebenarnya bergantung kepada permulaan perlumbaan. Kali ini aku berlepas serentak dengan peserta lain berbanding dulu entah berapa minit tertinggal baru kami bermula. Untuk ride yang akan datang sekiranya ingin kedudukan yang lebih baik selain stamina dan skill, beradalah dibarisan hadapan...seawal 4 pagi sudah parking basikal digarisan permulaan..he he...



                                   
Ini adalah contoh halangan yang bakal dihadapi semasa berlumba...walaupun stamina hebat anda kena beratur untuk melepasi halangan sebegini...lagi ramai peserta, lagi lama terpaksa menunggu..masa itu orang dihadapan anda telah jauh berlalu meninggalkan peserta dibelakang walaupun berkayuh seperti itik pulang petang....


                                       
Ranking bukanlah matlamat utama kebanyakan peserta menyertai jamboree...sebahagiannya sekadar beriadah...sebab itu peserta berkayuh santai sambil lepak-lepak setelah beberapa kilometer berkayuh. Cuma bagi aku teringinlah juga mengetahui sejauh mana peningkatan stamina dan skill hasil berkayuh hampir saban minggu.
                                  
Kali ini aku tak pasti siapa pemenang keseluruhan kerana kami terpaksa bergegas pulang setelah mendapat panggilan dari isteri memaklumkan anak saudara sebelah isteri aku meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan membuang tumor di otak...seorang lagi saudara meninggal disebabkan masalah kesihatan...arwah Firdaus Syahmi bin Mohd Radzi merupakan seorang hafiz al quran...tidak mengapalah dia pergi diusia muda 16 tahun...Semoga rohnya dirahmati..alfatehah..




CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK