click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, October 11, 2015

Jom Bentong- Awana


10 Oktober 2015 Sabtu.  Ride santai Bentong -Awana. 


Selepas ride Transjava Febuari 2015, ini pertama kali dapat ride bersama rakan-rakan  sekonvoi . Ride disertai hanya 3 daripada 5 peserta. Ride  ini meraikan rakan yang menyambar Suzuki Vstrom 650 baru. Di awal pagi berkumpul di BHP Gombak dan terus menuju  destinasi popular mat motor Lemang Tok Ki Bentong. Sering mendengar nama, harini berkesempatan ke sana. 

Bermula dengan hanya beberapa motor, kelihatan semakin ramai pengunjung apabila matahari makin meninggi.



Sesuai dengan nama restoran, menu utama adalah lemang.. Lemang yang senonim dihidangkan dimusim hari raya kini dijadikan menu harian di restoran ini... Ternyata idea yang cukup bagus berdasarkan sambutan pengunjung...


Outlet ini menjadi pilihan orang ramai terutamanya dikalangan mat motor kerana lokasi yang sangat strategik dilaluan pilihan KL-_BKT FRaser,  KL- Cameron Highland melalui lebuhraya Karak . Susunatur outlet yang santai, luas lagi kemas dikelilingi sausana kehijauan pepohon di tebing sungai sangat mendamaikan . Harga hidangan  pula sangat berpatutan.  

Ketika menjamu selera dihampiri  pemilik restoran yang memaklumkan sebuah lagi outlet  lebih besar iaitu cawangan ke3 bakal dibuka di Raub . Cawangan ke2 yang terletak di pusat bandar Bentong dikhabarkan juga tidak dapat menampungan bilangan pengunjung yang semakin ramai.. Outlet terbaru boleh menempatkan sehingga 1500 biji motorsikal dalam sesatu masa. 


 Pemilik Restoran En Roslan...Syabas dan tahniah...


Mengambil kesempatan singgah di Air Terjun Chamang yang tidak jauh dari Bandar Bentong . Hanya 13 km dari jalan utama. Teruja melihat air terjun yang begitu deras umpama air yang dilepaskan dari empangan hidro...

Menamatkan ride hujung minggu dengan melalui jalan lama Bentong-Janda Baik- Awana seterusnya Ulu Yam...Pertama kali melalui sektor Bentung- Janda Baik. Dengan keadaan jalan yang agak sempit, permukaan berpasir, berbukit-bukit dan berliku patutlah ramai mat motor menyukai laluan ini.. Mengendalikan kenderaaan dilaluan ini memang sedikit mencabar..Tak sangka rupanya banyak lagi  destinasi menarik yang masih belum  diterokai didalam negara... 

Apalagi kawan-kawan jomlah kita meronda..!




Saturday, September 26, 2015

KL- Hari Tanpa Kenderaan

Tarikh 20 September 2015

Lokasi : Taman Tasik Perdana dan Dataran Merdeka

Walaupun dah lama diperkenalkan ini kali pertama kami merasai sausana berbasikal di KL..

Impresi pertama, sangat teruja sambil mengharapkan semakin ramailah lagi wargakota akan  turut serta.. Riadah yang bagus bersama keluarga. Mengharapkan juga aktiviti ini diperluaskan dibandar bandar lain seluruh negara. .Walaupun waktu yang diperuntukkan hanya 2 jam, 7pg-9pg..Rasanya memadai.. Jika ingin meneruskan lagi beriadah bolehlah menuju ke taman-taman tasik yang berhampiran...









Syabas...Jika ada ditempat lain boleh lah berkunjung ke sana pula..

Monday, September 14, 2015

Jom Port Dickson dan Pantai Remis...

13 Sept 2015

Aktiviti sarapan pagi bersama geng motor di Pantai Port Dickson. Seperti biasa dihujung minggu jika ke utara R n R Rawang menjadi tumpuan.. Jika ke Timur BHP  sesudah Tol Gombak. Ke selatan Shell sesudah Tol Sg Besi. Waktu ini ramailah mat motor berkumpul dari sekecil kecil motor sehinggalah sebesar besar motor. Kelab kenderaan lain pun ramai...Tujuannya sama..bertemu rakan rakan sambil menuju ke sesatu destinasi.. Biasanya untuk makan-makan.

 

Barisan Mat motor tua...Jangan tak tahu peserta digambar  kanan berusia 58 tahun...


Kepada bukan kaki motor mesti pelik kenapa harus ke destinasi beratus kilometer semata-mata untuk makan-makan..Hehe mereka nak panaskan enjin...Sebahagian  motor hanya terperap digaraj dihari-hari biasa atas pelbagai alasan... Sekarang ni musim jerebu, jadi kuranglah bermotorsikal ke tempat kerja..Sebahagian lagi bermotorsikal hanyalah sebagai riadah..Hari kelepasan am atau hujung minggu memang ditunggu-tunggu


 Berpergian jika berpandukan gajet pandu arah..bersedialah untuk berpusing pusing tersalah masuk lorong sebelum tiba di destinasi.. Tak sangka Di Rasah Seremban jalanraya bersimpang siur sebegini...


 PD memanglah kawasan tumpuan... Walaupun berjerebu ramai juga pengunjung ke sana...Sambil makan-makan boleh mencuci mata memerhati gelagat orang ramai..

Jika pagi bersarapan di PD, petang.. makan malam di Pantai Remis Daerah Kuala Selangor.. Beginilah sindrom menuju warga emas..Anak-anak telah  membesar dan tidak tinggal bersama...Berbeza dengan pasangan muda yang sedang memulakan penghidupan..Ingin berpergian banyak faktor perlu diambil kira yang membantutkan rancangan..antaranya bersusah payah membuat persiapan anak-anak kecil dsb...

Warga emas tidak begitu.., tergerak hati start enjin terus jalan...hehe


Bacaan IPU di Kuala Selangor hampir 140..kedua terteruk di Selangor sesudah Pelabuhan Klang...Tahu maklumat ini semasa imam memberi penerangan ringkas solat hajat di masjid K. Selangor khusus untuk keselamatan jemaah haji di Mekah dan memohon dihindarkan malapetaka cuaca yang semakin teruk di tanahair..






 Makan makan ikan, sotong, udang kerang bakar dan mee kari saja...Walaupun ramai pelanggan servis ok cepat .. Harga sekitar RM70 menu untuk dua orang makan....



Sebagaimana ditulis diatas.. Seronok pergi ke kawasan tumpuan... Terhibur melihat gelagat orang ramai...Permainan buih ini disukai oleh segenap lapisan...tidak terkecuali anak-anak kecil... Atok atok pun seronok bermain dengan alasan melayan cucu...



Lagi tarikan terbaru di pantai ini berbanding kunjungan terdahulu... Sekarang ada live band...Sambil mendengar tu masukkan lah sikit sumbangan dalam tabung yang disediakan tu yea...

Monday, September 7, 2015

Jom jom Berbasikal lagi...

6 September 2015

Semangat berbasikal ni pun sama seperti permainan yoyo. Ada ketika naik adakala turun...Banyak faktor yang mempengaruhi semangat..Diri sendiri, rakan, persekitaran dan lain lain, ..Dulu pantang hujung minggu semangat membuak- buak nak masuk off road...Kawan takda, seorang diri  pun jadi..Tapi sejak tersungkur., ermm, semangat terus menjunam .Masa semangat turun nasib baik basikal tak dijual.. Basikal dibiarkan tersadai  disudut rumah. Sampai lepek tayar takda angin..Rantai mula berkarat. Bila dijengok adooi..terasa sayang pulak.. Bukan murah membeli dulu.

Sekarang semangat dah datang balik...Cuma semangat nak offroad  belum pulih sepenuhnya. Main ringan ringan offroad sekitar taman je lah...




Tukar tiub dan tayar.. Sejak dibeli 3 tahun dulu ini pertama kali menukar tayar luar., Kira berbaloi lah..Tiub dalam selalulah...Peralatan lain nampaknya masih ok. Pomen basikal pun beritahu begitu..Tak rugi dulu membeli mendengar nasihat rakan yang kaki basikal. Pakej lengkap..Tidak terlalu high end, tidak terlalu low end.. Tengah-tengah...Kalau mengikut kepala sendiri dulu alamat asyik nak upgrade peralatan lah...Grup set tak sesuailah, rangka beratlah.. Fork keraslah..Pendek kata bila dah berkumpul dengan rakan-rakan  ada saja yang tak kena..



Brek pad pun dah tukar, minyak hidrolik brek pun dah tambah...Tarik sedikit brek dah rasa mencengkam..Hanya keseluruhan setting perlu diservis supaya keadaan tip top ...

Jomlah jom kita berbasikal lagi...Pulihkan semangatmu..

Sunday, August 23, 2015

Jan pun Jan lahh...

Ibarat asam pedas... Ada asam pedas terlebih rasa asam keping, ada yang terlebih gula..terasa lebih daun kesum atau bunga kantan pun ada..Pendek kata  ada jer rasa yang tak kena..Tapi yang ini hampir perfect..adunan masam, manis dan pedas dia muaahhh...Hehe susah nak terangkan ke orang bukan mat motor nih, terpaksa buat analogi asam pedas...Begitulah gambaran motor baru aku ..Baru bukan sebab model baru atau 'band new;,tapi baru sebab baru saja memilikinya..Motor terpakai...Buang 2 ambik 1. Dulu kemaruk motor kini dah tak larat nak jaga, cukuplah hanya sebijik..Memang dari dulu berkenan yang ini.. Ternyata untuk ketika ini pilihan yang tepat..


Foto ihsan Pak Google..nak nampak lg ganazz hehe

Ujian pertama semalam ke Pasir Gudang . Ride solo...Rasa syok saja pada kedudukan tinggi...Pulas pulas throtel pergi.. pulas pergi...Kita dah bawak boleh tahan laju pun ada lagi driver  yang nak tunjuk handal.. cucuk cucuk rapat kat belakang...Hangin betol...Kalau jalan di depan  lapang oklah juga... Jalan dihujung minggu kan banyak kenderaan ...Takda masalah untuk bagi laluan .. Tahu dahh.., bergerak ke depan sikit akan sangkut balik..Aku suka mainkan driver cam ni... Beri laluan , masa dia sangkut,  tekan hon...Pastu kita mencelah tinggalkan  balik..Pastu tunggu lagi ...Ok juga ada driver macam ni setidaknya tidaklah ngantuk...

Walaupun tinggi. disamping kelengkapan tong kiri kanan yang lebar, motor masih boleh dikawal dengan agak mudah..Hiway ke Pasir Gudang semalam sesak teruk.. Bila laluan utama takda ruang mencelah maka gunakan bahu jalan tak berturap... Ok.. Lulus ujian..Kombinasi lain aku tersangat suka, cuma bunyi ekzos yang sedikit kurang. ...Walaupun dah tukar ke ekzos standard, bunyi ketika kelajuan tinggi agak membingitkan....Sebelum ini pemilik asal memasang ekzos sport..Ketika itu lagilah tak tahan, macam bunyi lori bawak ikan..Sesetengah orang suka bunyi bingit seperti ini...Tentang bunyi aku lagi suka bunyi RT atau V Strom aku dulu.

Keseluruhan aku bagi markah 9/10. Nampaknya kena cari penyumbat telinga... Mana tau dengan aksesori itu nanti markah boleh naik 10/10  hehe..

Jom jom naik motor..


Tuesday, August 11, 2015

Bila Tali Lebih Mahal Dari Lembu...



Walaupun pelik terpaksa akur. Sukar untuk memahami bagaimana nilai tong sebegini boleh lebih mahal dari sebuah motorsikal...Bayangkan harga terkini tertera dilaman sesawang, produk berharga 1100 pound sterling . Jika dinilai dengan tukaran wang RM6 untuk setiap 1 Pound sterling bermakna Rm6600. Ditambah dengan cukai 30 peratus menjadikannya  RM8580...Pergh untuk nilai ini kita boleh memperolehi sebuah motorsikal baru paling tidak Yamaha LC135 bahkan mempunyai lebihan... Tak ker pelik ...Adakah teknologi pembikinan tong lebih hebat dari motorsikal..Membebel pun tak guna.. Walaupun mahal tetap akan ada pembeli...


Disebabkan harga tong baru mahal, tong terpakai masih mempunyai permintaan...Penulis telah menjual tong terpakai setelah motor dijual kepada orang lain. ..Tak sangka tak sampai beberapa jam produk ditawarkan dikalangan geng motor..tong telah terjual.  Dulu tong dibeli secara online dari negara luar..tak ingat berapa harga tapi boleh tahan mahal lah..Nasib baik ketika itu tukaran wang Ringgit dan Euro tidak semahal sekarang. Sebagai memperingati penjualan tong tersebut, dibelilah rim sukan  dan tayar untuk kereta   disamping membuat penambahbaikan lain.. Duit yang diperolehi  jika diperabis begitu saja tiadalah kenang –kenangan nanti.  Walaupun kereta berusia, bila disolek nampaklah sedikit segar...

Kalau diikutkan ingin saja menyambar kapchai terpakai.. Duit jualan boleh saja membeli motor namun setelah difikirkan berkali kali, lainkali sajalah...Dalam kepala otak masih  berkira-kira untuk menjual lagi  aksesori motor terpakai nanti. Kebetulan motor ganti nanti banyak aksesori  yang boleh dilelong...Salah satunya adalah ekzos sport..Harga baru ekzos sport  pun boleh tahan mahal..Dapat jual suku harga pun dah kira baikk...Sesetengah mat motor nih memang gila aksesori... Hah penulis bukan begitu...Dah cuba baru ni memang rasa tak berkenan dengan bunyi yang membingitkan...Duit lelongan nanti bolehlah kot menyambar kapchai terpakai .. .hehe Haru.. duit jualan ekzoz boleh beli sebijik motor..Inilah yang dikatakan tali lebih mahal dari lembu..

Sementara menunggu motor ganti tiba ,  berkeretalah kita...Bergaya dengan rim sukan baru hehe...






Thursday, August 6, 2015

Jom jimat air...


Terminal tengitaran semula air lebihan wuduk di Masjid Kuala Kubu Bharu Selangor..

Sangat setuju.  Kaedah penjimatan air sebegini perlu dikembangkan ke lain lain masjid juga.  Selain ini kolah perlu diwajibkan di setiap masjid  sebagai alternatif tambahan untuk  lebih menjimatkan air. Jika diperhati terutama dihari Jumaat, air lebihan wuduk terbazir dengan begitu banyak., sedangkan kos untuk merawat air bersih adalah mahal..Dengan kaedah ini air lebihan  boleh dikitar semula untuk tujuan pengairan sistem tandas juga digunakan untuk menyiram pokok-pokok atau tujuan pembersihan umum lain.

Jika di atas di tempat awam, setiap individu boleh memainkan peranan untuk penjimatan juga di rumah. Semasa mengambil air wuduk elok ditadah lebihan air dalam baldi.. Anda akan terkejut betapa banyaknya air terbazir semasa mengambil wuduk.. Bayangkan jika mempunyai jumlah isirumah yang ramai...Gunakan lebihan air itu untuk menyiram tandas. . Jika  lebih rajin guna untuk siram pokok tanaman.


Jom jom kita berubah..Kita mampu mengubahnya..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK