click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 12, 2017

Europe17-D12 Eifel Tower Paris

Terasa semangat menyambung coretan Kembara Europe 2017...Ada banyak lagi coretan lawatan antaranya Rome..Napoli..Kota runtuhan Pomphei..Sorento juga Amalfi Coast yang masih belum dipaparkan..Dulu terhenti sebab banyak sangat episode menerbitkan rasa malas untuk meneruskan coretan...Bila bersenang senang membelek coretan lama datang keinginan untuk menyambung semula..Kenangan ini sangat manis diimbau sekarang dan mungkin akan datang.

Coretan terakhir adalah lawatan ke Swiss.. 

Lawatan diteruskan ke Paris...Sebagaimana ditulis sebelum ini ada ahli grup yang pergi ke Disneyland Paris...Kebanyakkannya terdiri dari anak-anak muda...Kami golongan vateran dibawa melawat Kota Paris...

Pertama kali melawat kota Paris...Selalunya dua kota yang seringkali menjadi sebutan dunia adalah Paris dan London. Secara peribadi penulis memilih London

Mungkin sebab tak biasa disini jadi penulis tak dapat menghayati keistimewaan kota ini...Penulis merasakan biasa biasa saja tidaklah se gah yang selalu digambarkan..







Ramai yang kata Paris adalah kota fesyen...Ada juga yang kata Paris adalah kota romantik...Entahlah penulis bukan tergolong dalam kategori itu jadi tak dapat menilai apa yang orang maksudkan..Rasanya lebihkurang sama saja dengan kota kota eropah lain..



Sewaktu melawat Itali jarang kelihatan kereta sport ini padahal Itali merupakan pengeluar kereta itu...Rupanya kereta itu ada disini...Kereta ini boleh disewa





Inilah kot yang dikatakan kota fesyen...Banyak butik butik barangan berjenama di Kota Paris ini..Barangan dengan harga yang mampu tengok...


Tandas awam antara yang menarik perhatian penulis...Tandas berbayar automatik ..Setelah melunaskan hajat tandas akan membersihkan diri secara automatik sebelum pengguna berikut boleh menggunakannya..Selagi lampu gate berwarna merah bermakna pencucian sedang berjalan...Sangat tidak sesuai untuk orang yang terdesak...Proses pencucian sangat lama. 






Kebetulan beberapa hari sebelum lawatan terdapat serangan tembakan rambang di sini...Jalan ini menempatkan pusat beli belah serta butik-butik terkemuka.. Kelihatan banyak jambangan bunga diletakkan dilokasi kejadian..Kehadiran ramai angota keselamatan beruniform mengawal persekitaran




Lagi barangan butik yang mampu tengok..Handbag kulit berharga €1200..Untuk kaum wanita barangkali obses dengan barangan ini namun bagi penulis sangat tidak berbaloi...




Kami juga dibawa ke muzium perfume...Dikhabarkan kilang pengeluar ini turut membekalkan perfume  jenama terkenal lain...hanya label membezakan jenama walhal pengeluar kekadang adalah sama





Berkesempatan juga melawat masjid besar Paris. Muslim sangat ramai di Paris..Pemandangan wanita bertudung adalah perkara biasa ..



Tidak lengkap lawatan Paris tanpa melawat Eifel Tower...








Ramai peniaga jalanan muslim...


Tamat lawatan ke Paris bermakna berakhir juga lawatan Eropah bersama Kelana Konvoi. Esok kami akan kembali ke London...

Peserta konvoi membawa haluan masing-masing...Ada yang kembali ke Malaysia..Tapi kami sesudah London akan meneruskan kembara ke Itali lagi..Tunggu coretan selanjutnya.

Saturday, November 11, 2017

Dusun Durian Sungkai 2017

11 hb Nov 2017 Sabtu

Bergerak jam 10 pagi..Mereka bermotor kami bermpv.

Tau kami akan tetinggal jika bergerak bersama , kami memandu dahulu...

Jam 11 pagi tiba di lokasi...Dusun agak jauh dari jalan utama..dalam 7km memandu melalui jalan kampung sempit selorong.





Cucu dapat merasai pengalaman digigit nyamuk dusun...




 Ada dalam 20 biji motor yang membingitkan sausana sepi laluan ke dusun...Ada juga yang ber 4wd



Tuan dusun berbaju biru sudi menjadi host kami...








Selain pekena durian kami dihidangkan dengan makanan tengahari menu ala kampong


Sesudah menjamu selera sebahagian peserta berkubang di sungai..

Kami bergegas ke Lapangan Terbang Subang untuk menghantar anak dan cucu kembali ke Trengganu...Esok Ahad adalah hari berkerja di sana...

Wednesday, November 1, 2017

Starcruise Okt 2017

29 Okt 2017

Cruising Phuket

29hb Ahad- 1hb Rabu

Harga pakej asal 2000

Harga promosi 1000

Destinasi..Pelabuhan Klang-Phuket

Balik : Phuket -Penang-Pel. Klang
Menaiki Starcruise Libra di Terminal Feri Boustead Pulau Indah.

Pakej sebegini sesuai untuk orang yang terlalu sibuk berkerjaya...Disini hanya merehatkan diri ...sebaiknya putuskan dari dunia luar. Tiada gangguan phone maupun internet.

Krew terdiri dari pelbagai warganegara...tercatat di lencana asal negara mereka...warga Filifina agak ramai.

Berkesempatan bersembang dengan salah sorang krew Malaysia..Mereka mengikat kontrak setiap 9 bulan...Dalam waktu tersebut tidak dibenarkan meninggalkan kapal...Setelah sembilan bulan dibenarkn mengambil cuti tanpa gaji selama 45 hari...Sesudah itu boleh menyambung kontrak semula...Adakah kerja ini sesuai dengan anda?


Bertolak jam 2 ptg 29hb dan tiba di phuket 2 petang keesokan hari.


 Taklimat keselamatan adalah mandatori..

 Dikhabarkan ketika ini  waktu puncak kedatangan pelancong ke Phuket...Kawasan tumpuan dipenuhi ramai pelancong



Di Phuket terdapat banyak makanan antarabangsa.. Kebab Turki pun ada...


Pemandangan bilik bilik diatas feri...Bersama kami lebih 1000 orang yang mengikuti rombongan ini..


DiPhuket tidak lama..Peserta diberikan masa 6 jam untuk bersiaran di pulau..Melawat Pantai Patong...Dulu semasa berkonvoi bersama Mat motor di kawasan ini juga kami melepak..

Sekitar jam 8 malam kembali semula ke feri..

Menyambung pelayaran..

Singgahan berikutnya adalah P.Pinang. Mengambil kesempatan makan-makan di Balik Pulau bersama kenalan tempatan. Jam 6 ptg kembali semula ke feri.

 Ada satu malam lagi esok sebelum menamatkan trip ini..



Otak dah rasa sempit sebab kebosanan...makan tidor..makan lagi...pemandangan terbatas oleh pemandangan sama kapal dan lautan...




Sekitar jam 9 pagi kami tiba semula di Terminal feri Boustead Pulau Indah

Jika diberi pilihan untuk menyertai lagi trip sebegini akan datang...ermm tak mahu lah.

Thursday, July 13, 2017

Outlet terbaru YRGunting..Kiosk G&B BMW

Diharap pembukaan outlet ke 3 ini berjaya...Kiosk dibina menggunakan bas terpakai yang diubah suai..Outlet dijadualkan beroperasi pada bulan Ogos 2017...Pengubahsuaian diperingkat akhir.



Dinding bas nanti akan dicat baru dan dilukiskan grafik..Diharap ini akan menjadi tarikan pelanggan. BMW adalah singkatan kepada bas mini wilayah..ikon kenderaan awam Kuala Lumpur suatu ketika dulu


Terimakasih atas kunjungan anda..Papan iklan digital ...


Lampu wajib setiap kedai gunting...








Bas masih berfungsi dengan baik dan boleh dijadikan kiosk bergerak jika perlu namun untuk mengekang masalah logistik bas hanya akan diletakkan setempat.

Dua percubaan pembukaan outlet ke 3 terdahulu menemui kegagalan...Kiosk baru di perkarangan masjid Bdr Country Homes Rawang gagal dan kedai yang diambil alih dari orang lain di Tmn Wilayah Selayang juga tidak mampu bertahan lama...Kedua duanya beroperasi tak lebih dari 6 bulan. Punca kegagalan adalah kesalahan memilih LOKASI selain kerenah tukang gunting...

Kiosk di perkarangan masjid sangat berpotensi untuk maju namun  tukang gunting yang tidak betah disitu...Sehingga sekarang ramai pelanggan menyatakan terkilan kerana kedai sudah ditutup. Puncanya persekitaran kiosk  sunyi terutamanya dihujung minggu..Tukang gunting kesepian tiada teman...Jiran jiran kiosk tidak berniaga dihujung mingggu...

Kedai di Selayang pula walaupun dikelilingi flat flat yang banyak tapi kedudukan kedai  berada dipenghujung jalan mati tidak memungkinkan untuk mendapat pelanggan  ' walk in' dalam jangka masa singkat..Tukang gunting juga tidak betah apabila kedai hanya  mengharapkan pelanggan setia yang belum ramai tanpa pelanggan 'walk in'  . Apabila bertukar tukang gunting pelanggan akan menilai samada khidmat yang ditawarkan menepati citarasa atau tidak.. Ini antara faktor kegagalan kedai.

Percubaan ketiga ini akan dibuat di Setapak...Lokasi nampaknya ok...betul betul berada di simpang yang sibuk...Pelanggan akan mudah perasan kehadiran  kiosk gunting


Persekitaran pula terdapat banyak kawasan perumahan berkepadatan tinggi Kiosk gunting juga unik lain dari yang lain.

InshaAllah dengan ciri ciri diatas dijangka kedai ini akan maju dalam masa yang singkat...Cabaran kini adalah mencari tukang gunting yang berkebolehan lagi jujur.  Semoga berjaya...Aaminn


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK