17hb April 2020 Jumaat
PKP masuk fasa ke 3. Diharap wabak terkawal dan tiada lagi lanjutan pkp sesudah 28hb ini..Marilah kita sama-sama mematuhi arahan duduk dirumah untuk memutuskan rantaian c19.
Walaupun tidak bebas seperti dulu, banyak aktiviti keliling rumah yang boleh kita lakukan.
Reban puyuh penulis hampir seratus peratus siap, hanya berbaki bumbung , namun tiada keutamaan untuk disiapkan segera memandangkan bekalan burung hanya boleh diperolehi sesudah PKP.
Memenuhi lagi aktiviti PKP, harini penulis menaik taraf kolam ikan untuk diintegrasikan dengan tanaman sayuran melalui kaedah aquaponik.
Sayuran salad, sawi, kangkung, terung, cili, tomato, pudina sangat sesuai ditanam melalui kaedah ini.
Kelebihan sistem ini, kita tidak perlu kerap menukar media tanaman walaupun kerap digunakan, baja diperolehi dari nutrien sisa najis ikan.
Tidak sampai RM30 dibelanjakan untuk menyiapkan kerja kerja ini untuk membeli pasu dan aksesori paip, yang lainnya penulis menggunakan barang sediada selain mengolah bahan bahan terpakai.
Komponen utama pam juga menggunakan pam akuarium lama. Tidak perlu menggunakan pam berkapasiti besar, tujuan utama adalah mengepam air ke pasu dengan aliran yang sangat rendah sebelum dialirkan semula kedalam kolam. Untuk tujuan ini dasar pasu disediakan outlet untuk mengalirkan air keluar.
Media tanaman dari serpihan seramik tanahliat dan arang akan bertindak sebagai penapis air kolam ikan.
Pam air diletakkan didalam sangkar bakul sampah untuk mengelakkan objek besar tersedut ke pam.
Klik video untuk melihat bagaimana sistem aquaponik berfungsi.
Sungguh senang dan ringkas, semua orang mampu membuatnya..
Jom jom jom...
Kreatif kang
ReplyDeleteMudah2an berhasil
Yea harap2 mcm tulah wak..
ReplyDelete