click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, October 22, 2020

Ayam Mengeram...


Kasihan melihat ayam betina ini. Dia mengeramkan telur plastik. Dengan kawasan yang sempit tak tau macamana nak asingkan ayam yang mengeram dan ayam yang ingin bertelur. Walaupun 3 sangkar bertelur disediakan mereka tetap berebut tempat untuk bertelur. Akibatnya telur ayam sering pecah. Sejak dari itu telur ayam dikutip setiap hari.

Ayam yang telah selesai kitaran bertelur akan memasuki fasa mengeram. Kerana telur ori telah dikutip, didapati ayam tetap mengeramkan telur walaupun telur plastik.

Telur plastik ni sengaja diletakkan disangkar sebagai umpan untuk ayam bertelur disitu kerana telur ori telah dikutip.

Ada petua kata ayam perlu dimandikan untuk menghilangkan keinginan untuk mengeram...

Telah dicuba tapi nampaknya ayam tetap mengeram disangkar. Mungkin perlu dimandikan dengan lebih kerap untuk menghilangkan keinginan itu..huhu.


Ermm sementara menunggu telur yang dieram menggunakan inkubator menetas, 12 ekor anak ayam dibeli lagi..

Belajar dari pengalaman terdahulu, dedak ayam dan air diletakkan dalam bekas plastik begini. Jika tidak, abis dedak terbuang sebab dikais.

Ayam pkpb ini dijangka boleh dituai untuk awal tahun baru 2021.


2 comments:

  1. Sedih pulak sata baca ibu ayam eram telur plastik. Naluri keibuannya cukup tebal. Apa kata di antara telur plastik tu, bubuh sebiji telur ori, tidaklah nanti ibu ayam kecewa dan terus mengeram entah sampai bila. Sejuk ibu ayam tu asyik dimandikan.... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni dah letak tp bila ayam lain turut bertelur disitu, jadi keliru mana telur baru mana telur lama..xper skrg sy dah tanda sebiji untuk ibu ayam eramkan..mana yang x bertanda akan dikutip.tkasih atas cdgn...

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK