Ketika ini tiada sistem penapisan diguna sekadar mengharapkan air hujan dapat menggantikan air kolam melalui sistem overflow yang disertakan semasa pembinaannya dulu..
Sistem ini cukup cantik dah... Berapa banyak ekor ikan dibela tidak menjadi masalah kerana apabila musim hujan, air bumbung yang disalurkan terus ke kolam akan membersih dan menggantikan air kolam sediada. Untuk membersihkan lumpur didasar kolam, sekadar mencabut injap paip untuk mengalirkan kotoran ke sistem kumbahan taman.
Yang jadi masalah ketika musim kering...Tanpa sistem penapisan, air akan menjadi toksik dan sebahagian ikan tidak mampu untuk menyesuaikan diri. Semakin banyak ikan dibela semakin cepat bertoksik air kolam.
Inilah yang terjadi dengan ikan belaan penulis...banyak juga yang mati...Sistem penapisan sepenuhnya sudah tidak berfungsi sejak berhenti dari membela ikan dulu.
Pam berkapasiti H 6m dibeli untuk mengepam air dari kolam. Harga Rm140
Kini sistem penapisan baru diwujudkan., Cuma kali ini hanya sistem separa penapisan akan dilakukan . Sebahagian air akan dikitar semula melalui media penapis manakala sebahagian lagi akan dinyahkan untuk dijadikan air siraman pokok.
Pelbagai sprinkler dicuba. Harga kiri Rm12 hinggalah yang kanan Rm22 seunit namun gagal.
Melalui sistem separa pembersihan.. Jaringan paip tambahan disambung dengan paip utama penapisan. Jaringan paip tambahan dilalukan dibawah rimbunan pokok serta dilengkapkan dengan injap dan sprinkler.
Ketika musim kering sebahagian besar air kotor akan dipam untuk membekalkan air siraman sebelum diganti dengan air paip baru.
Sebahagian air lagi akan dikitar semula melalui kolam penapisan.
Kerja-kerja pembersihan air dan menyiram pokok kini semakin mudah...
Musim kering memang kena hati2 sebab temperature air akan meningkat dan terjadi banyak tindakbalas kimia dalam air.
ReplyDeleteYea betull
DeleteBoleh dikitar semula rupanya air kotor yang dipam ketika musim kering.
ReplyDelete