click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, October 29, 2020

Telur Sulung Mula Menetas...

5 Hb telur dieramkan menggunakan inkubator, harini 28hb Oktober 4 biji telur mula menetas. Ini adalah telur sulung ibu ayam muda yang pertama kali bertelur.

Kedengaran bunyi chip.. chip..chip..ingatkan anak ayam yang baru dibeli terlepas dari reban, rupanya telur di inkubator yang diletakkan di beranda rumah mula menetas...dalam 21 hari selepas dieramkan




Ada 7 biji lagi yang belum menetas...rasanya akan ada yang tak menjadi kerana sudah ada yang bau tembelang.

Inkubator ini bermasalah sedikit..bekalan api tetiba terputus sendiri..tak pasti samada ini adalah ciri ciri keselamatan inkubator untuk mengelakkan terlebih panas. Mujur perasan ., Tak pasti berapa lama bekalan elektrik terputus. Sudah 2 kali bekalan api terputus...atas sebab itu barangkali ada telur yang menjadi tembelang.



Seekor anak ayam  keadaannya sangat lemah. Anak ayam ini tergantung dicelah-celah roller inkubator.

Ini kelemahan rekabentuk inkubator yang mempunyai roller..Anak-anak ayam yang baru menetas menghadapi kesukaran untuk mengimbangi diri bertenggek di roller. Anak ayam yang lemah tidak mampu berbuat demikian.



Mujur terdapat lampu gantung lebihan untuk dimanfaatkan sebagai lampu ayam. Anak ayam baru menetas memerlukan persekitaran yang hangat.



Harini setelah telur ditandakan, penulis mengambil keputusan mengembalikan semula baki telur ayam untuk menetas bersama ibu ayam yang masih begitu gigih mengeram..Diharap akan terubat naluri keibuan ketika melihat satu persatu telur menetas ...


7 comments:

  1. Alhamdulillah. Usaha membawa jaya. Seronok ikuti perkembangan aktiviti Kang Latep. Moga-moga ayam yang makan jambu ada rasa jambunya nanti. Saya pernah tonton tentang seorang penternak ayam beri makan laici pada ayam, tapi tak ingat di negara mana (orang putih) dan setelah ayam dimasak, ada bau laici heheee...

    ReplyDelete
  2. Satu lagi Kang, tentu ibu ayam itu gembira dapat eram telurnya kembali, dan berganda gembiranya kalau telur yang eram itu nanti menetas. Kirim salam sama ibuayam itu, katakan padanya: Selamat mengeram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..ayam angguk anguk dah tu..org jauh kirim salam.kih kih..

      Delete
  3. Kalau masuk telur incubator dalam seminggu boleh check menjadi atau tidak. Di tempat gelap nyala kan lampu torchlight bawah telur, kalau ada saraf2 merah menjadi, kalau kosong je takde apa2 kemungkinan tak menjadi.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK