Istiklal Road lorong paling meriah Taksim, bersambung dengan Dataran Taksim berada di jalur paling puncak Taksim. Kanan dan kiri menuruni bukit.
Dari Galata Tower perlu mendaki lagi untuk ke Istiklal Road maupun Dataran Taksim.
Outlet premium banyak berada di jalan Ini.
Sepanjang Istiklal Road disediakan Tram mini sehingga ke Dataran Taksim.
Sepanjang jalan ini banyak premis makanan..Kalau bukan Ramadhan memang seronok makan- makan.
Kablavar antara makanan tradisi popular Turki...selain kebab
Takjub dengan ketelitian membuat makanan ini..begitu cermat dan penyabar..packing pun menarik sesuai untuk dijadikan cenderahati..
Harga sekilo dalam Rm130, boleh pilih pelbagai perisa..tapi yang pasti maniss..
Brand popular kablavar Turki...Hafiz Mustafa sejak 1864 lagi...
Kumpir adalah kentang bakar yang diletak pelbagai inti. Harga satu dalam Rm30..
Burek pula seperti murtabak...burek Bosnia pernah makan tapi rasa tidak begitu menepati selera..Burek Turki akan dicuba nanti..
Bau kebab yang sangat menggoda selera..sabar..puasa.. puasa..
Gereja pun ada...
No comments:
Post a Comment