click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 6, 2023

Europe D41-Bursa Grand Mosque

Lawatan Bursa adalah ulangan lawatan 2011. Kalau mengikuti tour, Istanbul dan Bursa termasuk dalam satu pakej. Jika Istanbul dulunya Constatinople merupakan pusat pemerintahan Byzantine, Bursa pula ibukota kerajaan Ottomaniah.

Dulu ke Bursa menaiki bas tour, kini menaiki feri. Feri lebih cepat dan murah. Tiket seorang dalam 110TL seorang mengambil masa selama sejam setengah, berbanding menaiki bas 2jam setengah. Terminal feri Istanbul untuk ke Bursa berada berhadapan dengan Spice Market.

Jika dulu segalanya disusun oleh pemandu pelancong, kini cuba meronda sendiri tempat menarik berdasarkan maklumat internet.






Kami terlepas feri pukul awal pagi. Menurut maklumat internet feri bergerak pukul 8.30 sedangkan kami tiba belum pun pukul 8, tapi gate masuk telah ditutup.

Feri berikutnya pada pukul 10.30, perlu berada awal diterminal untuk pemeriksaan sekuriti.

Mula- mula bercadang ingin menaiki kereta kabel di kawasan peranginan tanah tinggi Uludag, terpaksa dibatalkan. Kerana kesuntukan waktu hanya tempat berhampiran dengan masjid boleh dilawati.







Bursa Grand Mosque atau Ulu Cami mosque dibina semasa pemerintahan Ottomaniah dibawah Sultan Beyazid I pada 1366 dan siap pada 1369. 

Masjid ini mempunyai 20 dome yang memberi simbolik cita-cita sultan  membina 20 masjid dizamannya tapi tidak kesampian...


Ketibaan kami ketika azan zuhur sedang berkumandang. 

Daripada terminal feri Budo Mudanya menaiki teksi ke Ulu Cami dengan tambang 280TL.. ..Semasa balik menaiki metro dan bas, tambang tersangat murah 10TL seorang...Masa pergi tak tau nak  cari stesen metro...ulat yang berkeliaran diterminal feri memberi maklumat tak tepat...mereka menawarkan khidmat kereta sapu ke bandar Bursa 800TL pergi balik.




Gambar 2023


Gambar di lokasi sama 2011. Tirai pintu dan gambar dinding masih sama.



Premis-premis peniagaan baru bersebelahan masjid berbanding dulu

Banyak premis menjual tuala, alas kaki dan sejadah selain cafe- cafe.



Berbanding Istanbul barangan di Bursa lebih murah dan berkualiti. Alas kaki sebesar ini hanya berharga 150TL atau Rm38..alas kaki bersaiz standard hanya berharga RM10. Kaum ibu rambang mata..

Mujur semasa membeli tiket flight tidak membeli slot bagasi kargo hanya beg kabin, jika tidak, banyaklah diborongnya..Ini berkenan itu berkenan...

Kita yang sakit pinggang menjadi porter...huhu..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK