Mengakhiri minggu terakhir di Germany, melawat lagi bandar besar dalam negeri NRW iaitu Dortmond..
Banyak lagi bandar besar lain dalam NRW seperti Bonn yang tak berkesempatan pergi, tapi dah pergi 3 bandar Dusseldorf selaku ibu negeri, Cologne dan Dortmond selain bandar kecil daerah seperti Bochum sudah memadai untuk mendapat gambaran rupa keseluruhan bandar dalam Germany.
Sabtu terdapat banyak perlawanan bola Bundesliga. Laverkusen vs Frankfurt, Dortmund vs Berlin Union dll. Semua perlawanan di stadium berdekatan dengan penginapan kami.
Berbanding EPL, Bundesliga kurang mendapat liputan di Malaysia. Rasanya hanya Bayern Munich dan Dortmond yang sering diperkatakan kerana menyerlah diperingkat liga eropah. Penulis pun tak begitu mengikuti perkembangan bola Bundesliga sebab tu banyak team yang tidak diketahui.
Singgah ke Stadium Dortmund merasai kehangatan Bundesliga bersama penyokong setiap pasukan. Dortmund berjersey kuning dan pasukan pelawat Berlin berjersey merah. Semangat tak cukup kuat memasuki stadium melihat perlawanan secara live ..selain tak mengikuti perkembangan bola, harga tiket jadi penghalang. Harga saat akhir memang sangat mahal, tiket untuk kerusi terpencil berharga €80 seorang dan untuk kerusi lebih strategik dalam €300 seorang..ermm
Dalam pada semua penyokong sibuk memasuki stadium, kami beredar meninggalkan stadium, menuju ke bandar Dortmund
Singgah dulu ke Dortmund Central Mosque.
Bertepatan ketika kami sampai azan zuhur dikumandangkan. Melihat kepada suasana, rasanya masjid ini aktif dengan kegiatan kemasyarakatan. Dibahagian belakang terdapat meja-meja bersusun untuk majlis iftar.
Beginilah rupa apartmen berdekatan dengan masjid.
Wahh, terdapat juga bas yang dijadikan cafe..
Kunjungan Hattingen, menutup tirai kembara Eropah 2023.. Ahad tidak ke mana melainkan berkemas untuk balik ke Malaysia. Flight Isnin 7.30 pagi , transit di Istanbul sebelum sambung ke Kuala Lumpur. Insya Allah tiba 7.30 pagi Selasa.
No comments:
Post a Comment