Setiap kali datang kebun, kerja setengah hari, .itupun banyak rehat.,
matahari menegak terus berhenti.
dah cuba sambung ke petang, badan tak mampu, ambik masa berhari untuk penat pulih.
Tiang pagar baru satu bahagian siap dipasang..sehari tanam 3 batang saja, sebab berkongsi kerja dengan aktiviti lain...tiada ketetapan waktu untuk disiapkan.
Jika siap sepenuhnya nanti pun hanya berkesan untuk menghalang babi masuk, monyet tak berkesan sebab pokok besar belum dibersihkan sepenuhnya.
Ketika ini penggera anjing dan bunyi tembakan nampaknya berkesan, tiada kesan bintang liar masuk..pokok betik, pisang dan nenas mulai tumbuh banyak daun. Penggera sangat sensitif apabila mengesan pergerakan, daun gugur pun penggera berbunyi...kita pun ikut terkejut..sementara pagar disiapkan, penggera akan ditambah di lokasi strategik.
Aktiviti dikebun memang tak akan pernah habis. Penambahbaikan laluan ke kebun perlu sentiasa dilakukan, banyak sisa bahan binaan yang boleh dimanfaatkan...apatah lagi kini laluan atv turut perlu disediakan. Belum lagi rutin bulanan memotong rumput dan membaja..
Aktiviti telah disusun setiap kali datang ke kebun, berhenti ketika semangat masih berbaki, tak mau memaksa diri, daripada semangat putus ditengah jalan lebih baik buat sedikit tapi istiqamah.
Nangka mulai belajar berputik..ciku pun sama cuma adakala hati gusar apabila melihat pucuk muda dimakan serangga...Sedih bila melihat pokok yang kita jaga terutamanya durian seakan lambat sangat membesar...Khuatir padam dulu sebelum sempat membesar. Semburan racun serangga hanya pada ketinggian yang boleh dicapai..
Kini menyibukkan diri membuat aktiviti sampingan..Apabila membuat aktiviti sampingan perhatian tidak terlalu tertumpu kepada pokok tanaman..
Harapnya semua pokok membesar dengan jaya ...
Jadi pekebun hati kena kental
ReplyDeleteSalam bertani
Hehe kena paksa kental wak.
DeleteSemuga semua hasil tanaman menjadi.
ReplyDeleteAmin yrb al Amin
DeletePengera anjig dan bunyi tembakan tu boleh buat monyet lari tak ye. nak cuba lah mana nak dapat ye. Shoopee ada jual
ReplyDeleteUtk monyet tak brp pasti tp untuk babi mcm berkesan..babi dgr bunyi bertempiaran lari..
ReplyDeletemonyet ni lebih pintar..bila dia tau tiruan...dia buat tak tau..