Berkebun tak sama dengan berkerjaya biasa 8-5 yang perlukan kehadiran fizikal di lapangan. Kebun setakat ditinggal beberapa hari, pokok tetap mendiri. Zaman sekarang lagi mudah, urusan kebun boleh dikawal dari jarak jauh..boleh pantau melalui cctv..Pengairan, pembajaan bahkan meracun boleh dipacu melalui phone...Kita berliburan di luar kawasan urusan kebun tetap berjalan seperti biasa..Sistem pengurusan kebun begini yang penulis impikan.
Sementara angan-angan belum terlaksana kita berkebun seperti biasa..
Sementara menunggu rutin kebun Khamis, kita sambung liburan di luar, menghadiri aktiviti tadika cucu Bagan Serai..
Sesudah itu kita beredar, dalam perjalanan balik menyinggah Bukit Merah Lake Town Resort, teruja setelah melihat rakan membawa famili bercuti di sini, kebetulan dia memiliki unit apartmen di situ.
Biarpun saban kali melihat papantanda di hiway tidak terdetik untuk singgah kerana menyangka resort ini sudah tidak beroperasi..selalu sangat mendengar berita negatif pasal resort ini, apartmen yang boleh dilihat dari hiway pun sudah kelihatan uzur..
Rupanya apartmen dan resort adalah berbeza..Apartmen kebanyakannya adalah milik individu. Kita membayangkan resort ini senasib dengan Gambang Resort City yang sudah tidak beroperasi..Rupanya meleset..
Resort masih beroperasi dan kekal cantik cuma adatlah resort lama, serba sedikit terdapat kekurangan . Pemandangan memang ohsem. Restoran menghadap tasik pun luas..
Pihak pengurusan perlu membuat promosi supaya resort kekal tersemat disanubari orang ramai
Tarikan utama resort ini adalah taman tema air, Rumah air dan Pulau Orang Utan. Pulau Orang Utan sentiasa mendapat kunjungan terutamanya pengunjung luar negara.
Kehadiran pengunjung ramai ketika hujung minggu dan cuti umum. Ketika kami singgah Selasa, hanya hotel dibuka dan aktiviti resort lain seperti taman tema air, lawatan ke Pulau Orang Utan adalah ditutup..
Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Selasa aktiviti resort dibuka sepenuhnya..

















No comments:
Post a Comment