Camping kebun Sagil memasuki hari ke 2.
Selain berliburan tetap menyelitkan pembelajaran, hari kedua camping, tuan kebun berkongsi idea membangunkan sistem otomasi kebun. Dalam sistem otomasi, aktiviti kebun dipantau dan dikawal dari jauh.
Pengairan kebun berfungsi secara automatik setelah sistem menganalisa keperluan semasa, melalui cerapan bacaan kelembapan tanah begitu juga data hujan.
Praktikal menghidup dan mematikan lampu menggunakan phone..
Pengawasan kebun juga dipantau melalui phone yang dihubungkan dengan cctv kebun.
Pengairan dan pembajaan kebun dikawal dari jauh menurut blok blok tertentu untuk mengoptimakan penggunaan pam.
Pembajaan foliar juga menggunakan sistem kawalan jauh..hanya baja tabur dibuat secara manual..
Namun begitu tak boleh bergantung sepenuhnya dengan sistem otomasi, sistem perlu dipantau berkala secara manual untuk keberkesanan secara maksima.
Untung ada rakan kebun pandai..Tuan kebun dulu top student sekolah...



















No comments:
Post a Comment