Sesudah Taman Lagenda Gunung Ledang terus ke Sawah Ring Bukit Gambir..Tak pasti bagaimana tercetus nama sawahring itu..Tak banyak baki tanah sawah di Johor..
Sekiranya cuaca terang, Gunung Ledang jelas kelihatan, sangat cantik bergambar berlatarbelakangkan sawah dan gunung..Ketika kami datang persekitaran berjerubu.
Terdapat kiosk kiosk jualan dan wakaf
Bila berkumpul ramai ramai kemuncak acara adalah BerBBQ
Bab makan memang tak tinggal. Kos keseluruhan dikongsi bersama..Bukan tak sudi menerima sumbangan sukarela tapi demi mengeratkan kebersamaan sesama peserta. Jika tiada koleksi dibuat selalunya gader gader begini tidak akan kekal lama.
Biarpun tidur dikhemah tapi syok, makanan mewah..Setelah dikira perbelanjaan, untuk 9 orang, sumbangan setiap peserta pun tak banyak tidak lebih RM100 seorang untuk sepanjang pertemuan termasuk tiket, sarapan, makan tenghari hari ke 2, minum petang dll..Makan tenghari hari pertama hos yang menaja..Puas dipujuk namun itu permintaannya..Jadi kita hormati.




























No comments:
Post a Comment