Hasrat bercamping di Puncak Fraser tercapai juga..Memang lama teringin bermalam dalam CamperKebun, di tanah rendah sudah beberapa kali, di tanah tinggi ini pertama kali, apatah lagi kini dengan set up kabin baru.
Set up kabin kali ini mudah dipasang dan dibuka semula. Tempat perbaringan beralaskan tilam angin berketebalan 2 inchi dan lebar 2kaki menepati saiz perbaringan..
Ingin menguji cuba tilam angin nipis, set up lama menggunakan tilam kekabu berketebalan 4 inci namun berkelebaran 3 kaki, tidak menepati saiz perbaringan.
Bersarapan dan kemudian terus ke puncak..Menyinggah dahulu di Empangan Sungai Selangor. Ketika ini masih ramai pasukan bomba dan penyelamat berkampung dipersekitaran empangan untuk mencari baki 3 mangsa lemas daripada 7 mangsa hanyut dalam kejadian arus deras kepala air Sg Pertak. Sg Pertak merupakan salah satu punca air yang memenuhi Empangan Sg Selangor.
Perjalanan ke Puncak Fraser lancar, kenderaan tidak banyak lebih lagi bukan dihujung minggu, banyak juga tanah runtuh kecilan selain pokok pokok tumbang menghalang sebahagian jalan disepanjang laluan..Musim monson timur laut hujan lebih kerap berbanding hari biasa serta agak berisiko memandu dilaluan ini..
Berkhemah di tapak Caravan Park.
Sengaja memilih berkhemah di dataran berbanding di tapak khemah pinggiran sungai/air terjun setelah mengambil kira keadaan cuaca. Kita lebih ingin merasai cuaca dingin di puncak...
Tandas pun bersebelahan saja dengan tapak camping..
Tidak sebagaimana camping terdahulu, makan makan kali ini lebih di warong maupun cafe, berkumpul lebih untuk bersembang...
Tiada ration untuk masak masak kecuali sate untuk beraktiviti dimalam hari.
























No comments:
Post a Comment