click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, November 4, 2010

MOTOR KLASIK


 
Posted by Picasa



Ha.ha. ini koleksi dua roda terbaru aku..belajar belajar berjinak dengan barang lusuh..mana tau satu hari nanti harga dia melojak gila...Memang dari dulu aku berkenan dengan motor ni, semasa kat kampong lagi aku tengok ada seorang pakcik yang menggunakan motor jenis ni..sebijik je ada kat kampong..tapi bila aku dah tak duduk kampong dan pakcik tu pun dah meninggal, aku pun tak jumpa kat mana motor tu sekarang..

Dalam aku membelek iklan dalam internet, aku terpandang lah iklan motor ni..dipendekkan cerita aku berjumpalah dan terus beli dari Brader Ayi,dekat Alam Flora Kajang..Cerita membeli ni 2 tahun lepas punya cerita..Nak memulihara motor yang jadi masalah 2,3 biji bengkel aku tanya, semua harga potong kepala..ada yang mintak 7 ribu..bior betull..Aku ikut nasihat ayi hantar motor tu kat Bukit Payong Trengganu. Kebetulan si Ayi ni pong orang Trengganu..Boleh lah tu..jadi masa aku balik kampong bini, bolehlah aku singgah bengkel tengok-tengok motor tu..

Sekarang ni nak masuk 3 raya motor aku tak siap lagi..Masa aku jumpa minggu lepas, Pok Stopa bagitau 2,3 bulan lagi..Mentang mentang repair motor klasik, nak menyiapkan motor pun ikut stail klasik, makan tahun..! Sedak alek mung lah Pok Topa..2 tahun lebih aku boleh tunggu takkan 2,3 bulan tak boleh..bertambah klasiklah motor aku bila siap nanti sebab lama sangat siapnya.

Bila dah siap nanti kalau ada orang berkenan.., RM250000 boleh lah aku lepas..Iyealah nak menjadikan motor semula pun bertahun..sangat unik tu..Memang betul.. Motor ni cuma ada sebiji je di DUNIA..!Tak caya..? check lah di JPJ..Model macam tu mungkin banyak la..tapi mana ada yang sama chasis no dan sama no plate..ha.ha..Bukan ke unik namanya..

Jadi aku boleh letak harga berapa aku suka..lagi pun bukannya macam gula atau ayam yang dibawah harga kawalan KPPDNK..Mana tau ada orang berkenan.. Orang ni bukan kira.., kalau dah datang dia punya gila.., potrait yang tak boleh berjalan dan perlu diusung pun harga berjuta..

Wednesday, November 3, 2010

AWAS ..! JERANGKAP SAMAR 2

KENDERAAN BERAT

AWAS..! Sentiasa berwaspada apabila terdapat kenderaan mengekori kenderaan berat lain. Kenderaan ini seumpama tentera musuh yang akan membuat serang hendap tanpa diduga. Mereka akan tiba-tiba menukar arah untuk memintas kenderaan berat dihadapan..Kemalangan maut melibatkan peserta konvoi Robert Lim pada 29hb Oktober lepas di Terowong Manora Ipoh berpunca dari serang hendap ini..Kejadian sama hampir terjadi pada aku pada 9hb Okt 2010 di Lebuhraya Plus arah selatan berdekatan Kawasan Rehat Pagoh..


BINATANG MELINTAS

Kejadian yang menimpa aku pada Mei 2010 berpunca dari ini. Aku terkejut lalu secara spontan menyentap brek dan.. tersungkur bersama skuter aku. Mujur kecederaan tidak serius..Kucing yang entah datang dari mana tiba-tiba berlari melintas depan aku..Berapa banyak lagi peristiwa kemalangan melibatkan binatang melintas jalan..

BONGGOL JALAN

Whepan, Whekang dan Tersembam jawabnya kalau tidak sempat memperlahankan kenderaan. Kemalangan sering terjadi apabila bonggol baru saja siap dibina dan belum bercat lagi..kebiasaan bonggol tiada..tiba-tiba dibina ..Jadi jangan ambil mudah sebarang kemungkinan walaupun jalan itu sering kita lalui.

GARISAN JALAN YANG DIPADAM

Amat berbahaya diwaktu jalan basah kerana kedudukan garisan yang dipadam ini kebiasaannya berada dilaluan utama. Lagi merbahaya sekiranya berada di selekoh..,tayar mudah tergelincir kerana permukaan garisan yang licin..

Tuesday, November 2, 2010

AKIBAT MEREMPIT...

 

 

 
Posted by Picasa


Setelah aktiviti Ride Amal Rembau 2010, aku meneruskan perjalanan ke Yong Peng..Kampungku.. Dalam perjalanan ini aku terserempak dengan kemalangan kapcai rempit dengan Perodua Myvi..Kejadian berlaku di Lebuhraya PLUS KM101 arah utara selepas susur keluar Plaza Tol Yong Peng Utara. Aku yang menghala ke selatan berpatah balik melalui Tol Plaza Yong Peng untuk mendapatkan gambaran jelas kejadian. Menurut saksi, kejadian berpunca dari kegagalan mat rempit mengawal motornya semasa aksi cilok mencilok lalu merempoh myvi yang berada di laluan kecemasan akibat tayar pancit..Memang sepanjang aku ride di lebuhraya, kedapatan anak-anak remaja berlumba dengan aksi superman..Sayang sifat berani ini tidak disalurkan ke tempat yang betul..Sewaktu aku tiba di tempat kejadian, selain pengguna lebuhraya lain memberi bantuan aku perhatikan hanya seorang matrempit yang meriba mangsa di bawah terik matahari, manakala yang lain berteduh dibawah jambatan berhampiran..Apa punya kawan laa..Berseronok beramai, berduka lantak engkau lah..

Kepada riders di luar sana berhati-hati semasa menunggang motor..

AWAS...! JERANGKAP SAMAR 1

Kepada riders semua..Aku cuba senaraikan jerangkap-jerangkap samar yang pada pandangan aku patut dikongsi bersama. Komen-komen dan input tambahan riders amat dialu-alukan untuk peringatan bersama..

JALAN BERLUBANG

Antara penyebab utama kemalangan motorsikal. Sangat berbahaya apabila terlindung oleh kenderaan lain lebih-lebih lagi diwaktu malam..Kalaupun mungkin terselamat dari terjatuh, rim anda mungkin bengkok bila terlanggar lubang ini..

BONGKAH KAYU, SERPIHAN TAYAR

Sering kali bongkah kayu terjatuh dari lori kargo..
Jerangkap samar ini sering menunggu mangsa siang atau malam selagi tiada siapa mengalihkan rintangan ini. Kejadian penunggang motorsikal wanita Ducati yang maut di Lebuhraya Plus sebelah utara dipercayai terlanggar bongkah kayu ini pada kelajuan tinggi.

SIMPANG

Berapa ramai penunggang motorsikal yang rebah disini..? Terlalu ramai..Simpang-simpang di jalan kampung lebih-lebih lagi, adalah perangkap maut..Kenderaan keluar masuk simpang tanpa memberi apa-apa isyarat..Almaklumlah jalan kampong yang kebiasaannya adalah lengang..

LAMPU ISYARAT HIJAU

Yea lampu isyarat hijau..,betul betul jerangkap samar.. Laluan anda kosong ..tetapi jarak anda masih jauh dari lampu isyarat.. Anda semakin ghairah untuk melepasi lampu isyarat..tetapi lampu bertukar menjadi kuning dan merah sebelum sempat anda melepasi lampu isyarat ini..Kebiasaannya pengguna akan menambahkan lagi kelajuan..,tanpa menyedari risiko kenderaan disimpang yang lain juga sedang menekan pedal minyak melintasi simpang..Kejadian aku di Kertih dalam situasi ini membuatkan aku fobia bila ternampak lampu isyarat hijau..

Monday, November 1, 2010

BAYANGKAN TANPA DIA

 

 

 

 
Posted by Picasa
Yea.cuba bayangkan kehidupan tanpa insan seperti ini..Tidak perlu lama..cuti umum panjang seperti hari raya cukuplah, kesan ketiadaannya amat dirasai..,melainkan bagi mereka yang mata hatinya telah kabur, sensitiviti terhadap kebersihan persekitaran amat rendah..kotor dan bersih baginya tidak berbeza? Benarkah..?aku sangsi..cuba biarkan timbunan sampah ini nescaya orang-orang ini akan turut merungut. Manusia secara fitrah sukakan yang bersih..songsang sekiranya berpendirian sebaliknya..maka sebab itu fitrah ini hendaklah dipulihara agar segar kembali..dan tahap kesedaran perihal kebersihan mesti dipertingkatkan. Disinilah peranan ibu bapa , adik beradik serta sahabat handai saling ingat mengingati kerana sifat ini mesti dipupuk bermula dari diri kita dan orang yang hampir dengan kita.. Jangan jadikan longkang, simpang-simpang dan persekitaran sebagai tempat buangan sampah..JOM KITA MULAKAN...

TTS PASCA KEMBARA SEGITIGAEMAS 2010

 
Posted by Picasa


TTS diadakan pada hari Ahad 31hb Okt 2010 di Restoran Sinaran, KLIA Downtown, milik peserta konvoi Pok Li. Kesemua peserta xpdc menghadirkan diri kecuali Sdr Nizam yang ada urusan peribadi dan pasangan Sm Khaidir dan Kak Faridah yang bergegas ke P.Pinang menziarahi abang beliau yang kembali ke rahmatullah.. Al-fatehah. Semoga roh abg beliau dirahmati dan tergolong dalam orang yang soleh. Kenalan baru Kapten Ridzwan dan isteri juga Sdr Bob serta isteri turut memeriahkan sausana pertemuan..

Pelbagai topik dibincangkan serta ulasan langsung tayangan slide kembara..Kembara akan datang turut dicadangkan pada pertengahan tahun hadapan menjelajah negara berjiran dengan Thailand disebelah timur... Kemboja,Vietnam dan Laos. Yea kenapa tidak..? Satu persatu negara ASEAN akan di jelajah, sebelum melebarkan lagi xpdc ke China, Indian Sub-Continent, Afrika dll. Pergh..., selagi ada daya,kelapangan dan rezeki...Insyaallah impian akan digapai..

JOM BERKAYUH LAGI..

 

 

 
Posted by Picasa
Ha .ha harini aku berkayuh semula setelah 3 minggu berehat kerana berkembara ke Segitigaemas Thailand-Myanmar-Laos. Aku memperolehi hasil stamina menakjubkan dengan aktiviti berkayuh ini dimana konvoi bermotor aku ke Segitigaemas berjaya dilalui tanpa sebarang masalah fizikal, berbanding dengan xpdc aku terdahulu dimana badan amat keletihan..Kepada pembaca diluar sana jom lah beriadah menyehatkan fizikal dan minda..

Aku berseorangan saja dan melayan Track Emerald. Sepatutnya aku dan seorang rakan berkayuh ke Track Offroad Waterfall, tetapi terpaksa di batalkan kerana perlu menziarahi majlis pengebumian anak perempuan Tok Imam masjid di tempat aku yang kembali ke rahmatullah malam tadi akibat komplikasi selepas bersalin. Semoga rohnya tergolong dalam golongan orang beriman. Aminn.

Aku bertembung dgn Sdr Aziz yang kebetulan sedang berjoging di trek yang sama..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK