click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 10, 2010

TERJAH 1MALAYA bersama x9-DAY 1

Pukul 6.30 pagi lagi aku sudah terima message dari Mantem supaya berkumpul di KL berdekatan dengan bulatan Loke Yew. Masa aku tiba mantem., Achit dan nkz dah tiba..Diorang bagitau syed chili pun nak join ride..,selepas setengah jam syed datang.., ingatkan bawak motor tapi naik kereta..lepas tu kami menuju ke Hulu Langat Bt 14 dimana man770 menunggu kami di gerai untuk bersarapan pagi..

Bermakna cuma kami berempat yang akan menyertai ride kali ini..Mantem,Achit, Man770 dan aku..Syed temankan sarapan je dan Nik ride sampai Kuala Klawang. Nik terus ke Rembau rumah emak ayah dia...dia layan sorang-sorang ride yamaha FZ..x9 sudah kasi jual daa..



Sepanjang laluan Kuala Klawang ramai geng basikal berbasikal di sini..Aku rasa kali kedua aku melalui jalan ini., yang pertama dulu sewaktu bersama geng BM di bulan puasa 2009 ke Serting..Jalan memang mencabar..berbukit dan berliku..dah serupa macam mini Thousand Corners..patutlah mat-motor perang suka melayan jalan ini..

Ride di laluan ini adalah lancar berbanding semasa aku bawa motor besar dulu dimana aku terbuat jalan baru sebab tak lepas ambil selekoh..,Aku pulak jenis gayat bila jumpa selekoh..,mujur aku bawa motor tak laju.. Argh peduli apa orang lain nak kata..ride ikut kemampuan sendiri.., usah layan sangat nyamuk-nyamuk ini..kalu jatuh bukan diorang yang tanggung..lebih-lebih hantar message dalam forum GWS-Get well soon, SCS-semoga cepat sembuh,..atau kalau dah termeninggal RIP- rest in peace..apa barang..




Melalui daerah Jelebu, jalan pun banyak jugak selekoh..cuma jalan landailah sikit..Rider dual porpose-DP pun ramai..Tong kiri kanan.., tong belakang lagi..kalau dipandang dari kejauhan sebijik macam GS adventure..he.he.jangan mare..

Kami menuju ke Pekan Pahang melalui jalan pintas felda..baru syok mengembara,melalui laluan baru..beberapa kali juga berhenti merujuk peta untuk memastikan laluan..jadi siapa kata berxpdc dalam negara tak mencabar..belum cuba belum tau..

Singgah di Bera dan sambung ke Pekan melalui Paloh Hinai menyusuri jalan disepanjang Sg Pahang.. Laluan berbukit bukau disulami dengan pemandangan kehijuan hutan dan ladang. Pemandangan liku-liku sungai dari tempat tinggi memang memukaukan.. Aku yakin tak ramai riders diluar sana yang pernah pun melalui jalan ini..pengalaman yang kurang lengkap aku kira..

Kami singgah di Masjid Kg Salong untuk solat jumaat..aku tak mahu miss solat jumaat sebab sudah 2 jumaat aku terlepas semasa xpdc segitigaemas sebelum ini. Elok juga berhenti sebab solat boleh meredakan ketegangan sendi dan otot..Selepas solat dan makan kami teruskan perjalanan dan tiba di Pekan pada pukul 3 ptg. Sempat mengabadikan foto di dan mengisi minyak..

Masuk saja daerah Nenasi hujan turun dengan lebat..Walaupun hujan aku suka menyusuri jalan dipersisiran pantai..Laluan adalah landai dan berselekoh sedap..permukaan jalan pulak baik..jadi syoklah ride lebih-lebih lagi menuggang skuter..gegaran langsung tak terasa..Pekena kopi digerai tepi sungai setibanya di sempadan Pahang/Johor. Pemilik gerai bagitau ramai mamat motor berkuasa tinggi singgah di sini..he he naik maxi skuter cc kecik ni pun diorang ingat motor berkuasa tinggi ..nampak je gempak..



Perjalanan antara Mersing dan Desaru hari dah mula gelap. Masuk ikut laluan Sedili sebab dah malam. Kami mula cari rumah persinggahan..Masa nilah bala datang..kami terlanggar lubang..sebab aku di baris kedua aku paling teruk terkena, rim motor aku bengkok..tersumbing wei..Tayar sudah pichiah.. Alamaak! Achit yang dibelakang aku sempat membrek bila dengar dentuman kuat motor aku , wind sheild dia turut longgar..




Pinjam besi dari mamat kereta yang berhenti tolong, untuk ketuk rim aku. tayar tak boleh pusing sebab rim tersangkut..Selepas tu sepanjang 6km aku redah jugak bawak motor rim bengkok cari resort terdekat..Nasib badan... Kami bermalam di Sedili Resort..

Jarak perjalanan hari pertama 590km.

Ikuti coretan ride hari ke 2 di post akan datang..

Tuesday, November 9, 2010

TERJAH 1MALAYA bersama x9-DAY 2

 
Posted by Picasa


Pagi tu kami bersarapan di gerai berdekatan dengan resort.,kemudian terus ke Pekan Sedili untuk mencari bengkel motor..ok ada., dapat berbincang dengan mekanik samada beliau boleh membuka dan menukar rim skuter aku..Kalau tak boleh buka nampaknya aku kena atur transport angkut motor aku ke KL. Cabaran juga pakai motor tak ramai orang guna nih. Bila dah belek-belek dia cakap boleh...fuh lega aku..jadi aku boleh beli je rim dan tayar di KL dan hantar ke Sedili untuk pasang.

Selepas itu kami pergi ke balai polis untuk buat laporan kemalangan untuk claim insuran..Kita dah bayar insuran jadi kena manfaat sebaiknya. Tapi pegawai polis bagitau kena buat laporan di Kota Tinggi..ppergh..bila kenangkan susah bebenor nak uruskan tuntutan insuran nanti.. aku kensel jelah, silap-silap kos lebih mahal nanti..

Motor kami tinggal je di resort setelah berbincang dengan pengurus resort disana..Tak larat ponggong aku nak meredah lagi 10km simpan motor di bengkel dengan rim dah tersengih tu..Bila dah dapat rim nanti aku bawaklah mekanik ke resort tu..
Sambung perjalanan ke Desaru..Aku menumpang skuter Mantem..
 

Memang betul jalan teruk berlubang sana sini..Apa Adun Sedili dan jkr sudah buat daa..Menurut orang situ kalau jalan malam kena berhati-hati selain lubang, babi hutan pun banyaak..Sebelum kejadian langgar lubang, terkejut aku malam tu sebab tiba-tiba babi hutan melintas depan aku..petanda aku nak masuk lubang kot..he he..Sampai Desaru dalam pukul 12tgh hari..Cuti umum jadi ramai lah pengunjung pantai disitu..
 


Penanda paras air banjir 2007

Persinggahan berikut adalah di Bandar Kota Tinggi..Walupun Kota yang Tinggi tapi tenggelam jugak masa banjir besar pada 2007 dulu..
 
Posted by Picasa

Singgah makan tengah hari di gerai bersebelahan pejabat JPS Kota Tinggi. Memang cukup popular sebab masuk akhbar..Pekena assam pedas ikan sembilang, siput sedut, belangkas masak pedas dan ulam -ulaman..Terangkat wa cakap lu beb..
 


Melalui bandar Kluang sebelum singgah di Yong Peng.. Ziarah orang tua sambil hulur duit pencen..Kita sebagai anak-anak jangan lupa menghulur untuk ibubapa..duit beli rokok boleh, beli aksesori motor boleh.., takkan untuk ibubapa, kita tidak peruntukkan dalam bajet bulanan kita..Tak lama aku di situ minum-minum dan beredar bawak geng x9 meronda kampong aku untuk terus ke Batu Pahat..Di Dataran Penggaram bergambar lagi..

Perjalanan antara Parit Jawa dan Bandar Muar , nyaris peristiwa Sedili berulang..kali ini skuter kami melambung sebab terlanggar bonggol jambatan. nasib baik suspension tak patah..punya lah teruk keadaan jalan..keadaan jalan pintas ke jambatan Muar kedua pun serupa..jalan beralun dan perlu berhati-hati bila menghampiri jambatan atau kolong..bonggol dan mendapan jalan..

Memandangkan hari menghampiri malam kami ambil keputusan untuk masuk je lebuhraya PLUS.
Lagipun man770 bergegas untuk menyambut tetamu.. Kakak beliau akan pergi ke mekah dan berkumpul di rumahnya. Tambahan juga aku kena dapatkan komuter akhir sebelum pukul 11 mlm untuk ke Rawang..

Singgah di kawasan rehat jejantas Ayer Keroh untuk solat meredakan lengoh-lengoh badan..pekena sup dan kopi panas.

Melalui lebuhraya dimalam hari walaupun selesa tapi banyak kenderaan..Sepanjang aku bermotor, ini pertama kali aku jadi penumpang jarak jauh..bila Mantem memotong melalui celah-celah kenderaan .., kecut perut aku dibuatnya ..Aku rasa Mantem bawa dah cukup laju dalam 120km/jam, untuk skuter ber CC tidak melebihi 200 kira lajulah tu..tetiba je motor kapchai potong kami..dahlah laju pakai baju lengan pendek dan berjean sahaja..memang tak sayang badan.

Selepas exit Kajang sebiji kapchai telah merempoh Iswara di lorong kecemasan. Aku tak pasti samada kapchai yang pintas kami tadi..terbaring mamat tu atas jalan..rasanya baru saja terjadi..

Kami tiba dihentian komuter Serdang dalam pukul 8.45. Sementara tunggu tren ke Rawang pukul 9.30 mlm kami berTTS lagi..Punyalah leka berTTS aku nyaris terlepas tren.


Lega sampai rumah dalam pukul 10.30 mlm..Bini aku jemput di stesen komuter Rawang..Semakin lawa pulak bini aku malam itu..ha.ha. patutlah orang tua-tua dulu cakap, sayang bini tinggal-tinggalkan..kah.kah..kah... Jadi kepada rider lain gunakan alasan ini untuk ride akan datang..

Jarak perjalanan hari ke 2 : 502km
Jarak keseluruhan xpdc : 1100km

GIMIK-sijil thousand corners Thai


Ha. ha aku dah jumpa semula sijil thousand corner semasa mengemas tong motor aku..Ingatkan tertinggal di bilik hotel Golok..Ada yang cadang pergi semula ke hotel ambil..ha.ha..argh tak serajin itu aku brader.. tak ada helaian sijil bagi aku pun ok, yang penting ada sijil tersemat dihati..

Monday, November 8, 2010

RIDING GEARS-keberanian @kebodohan

 
Posted by Picasa


Berapa lama persiapan anda sebelum memulakan riding..Riding umpama ke medan perang..Jadi kenapa perlu berkompromi meluang sedikit masa memperlengkapkan diri dengan jaket keselamatan dari serang hendap musuh..Sering kali aku perhati, ramai penunggang motor besar mengabaikan keselamatan asas ini ..Aku pun hairan..,menunggang pada kelajuan tinggi hanya ber 'T' shirt dan berseluar jean sahaja, samada keberanian atau kebodohan..fikir-fikirkan..

Sunday, November 7, 2010

AWAS..! TEMBOK BERGERAK




Kedua-dua foto ini aku rakamkan sewaktu aku balik dari menghadiri graduasi anak aku di MRSM Pasir Salak. Aku yakin korang biasa dengan pemandangan ini..Korang nampak tak apa yang aku nampak..? Foto bawah adalah pemandangan belakang sebuah lori kargo yang menggunakan kanvas kelabu.,tanpa lampu penjuru.., manakala foto atas, pemandangan belakang lori kargo yang mempunyai lampu di penjuru kargo..walaupun hanya satu penjuru atas dilengkapi lampu, paling tidak pengguna belakang tahu bahwa dihadapan mereka adalah lori ..!

Berapa banyak kes kenderaan merempoh belakang lori dilaporkan didada akhbar..tetapi kita tidak pernah serik dan belajar.. Sepatutnya sudah lama diwajibkan pemakaian kanvas pantul cahaya atau lebih baik lori dilengkapi dengan lampu disegenap penjuru kargo.

Bayangkan anda menaiki kenderaan diwaktu hujan, dahlah gelap..setelah dekat, baru menyedari lori yang dipandu perlahan kerana muatan yang dibawa atau semasa mendaki bukit..Masa tu membrek pun takda guna...

AWAS ..! JERANGKAP SAMAR 3

MENGANTUK

Ada orang cakap kalau mengantuk, tingkatkan kelajuan atau menjerit atau lakukan apa saja aktiviti supaya mengantuk itu hilang..Tetapi pada pendapat aku semua itu kurang berkesan..Ubat mengantuk yang paling mujarab adalah TIDUR..Benar, berehatlah sebentar barang 15 minit dan cuba lelapkan mata, nescaya anda akan segar sesudah itu.

Menunggang dalam keadaan mengantuk umpama merelakan diri masuk ke kandang harimau lapar..

KENDERAAN ROSAK

Kenderaan rosak di lorong kecemasan mengundang bahaya. Keghairahan serta kealpaan menunggang dengan memintas ke kanan kemudian ke kiri, balik semula ke kanan memang sengaja menempah maut apabila bertembong dengan situasi ini..,apatah lagi di waktu malam.

SELEKOH SEDAP

Apabila melalui selekoh tajam selalunya pengguna akan memperlahankan kenderaan dan lagi tajam selekoh lagi berhati-hati pengguna jalanraya..Tetapi melalui selekoh sedap ramai yang mengambil peluang mempamerkan aksi..berapa ramai yang terbabas semasa melayan selekoh sedap ini..Kehadiran tumpahan minyak dan pasir sangat membahayakan penunggang..

MENGEKORI RAPAT KENDERAAN

Situasi ini bukan jerangkap samar tetapi perangkap terang..Aku perhatikan ada mat-mat motor suka melakukan aksi ini padahal ianya sangat merbahaya. Mengekori kenderaan besar dengan rapat dengan harapan dapat berlindung dari terjahan angin kuat sewaktu menunggang motor adalah tindakan sangat kurang bijak. Aku yakin pemandu dihadapan tidak menyedari kehadiran mereka ini..Penunggang ini seolah-olah boleh membaca isi pemikiran pemandu kenderaan dihadapan. Apa jadi sekiranya pemandu dihadapan membrek secara tiba-tiba..? Tidak perlu aku ulas,pembaca tahu sendiri jawapannya..

Thursday, November 4, 2010

LAGI BURUK LAGI BERHARGA..!



Betul tak apa yang aku cakap dalam post aku sebelum ini.. Jadi kepada sesiapa yang memiliki motor lama-lama tu..boleh lah congak-mencongak mahu pecahkan rekod sediada ni..kalau kadar RM 3.2 bagi setiap US dollar bermakna motor tu berharga RM1.92juta...! Hah letak le harga korang punya dalam RM1.921 juta.. Kalau mau pegang rekod lama lebih baik letak RM1.92 biliun..mesti bertahan lama punya.. alah diorang pun harga main tarok je..ha ha..

The World's Most Expensive MotorcyclePrint this page | by Jared Paul Stern (RSS feed)
Oct 17th 2008 at 9:02AM
The only supercharged example of the legendary British-made Vincent Black Lightning motorbike ever made, built to break the world speed record in 1950, never actually accomplished that feat. It will probably break the world record for a motorcycle sold at auction however when it goes on the block this Sunday with an estimate of $400,000 - $600,000. The one-off Vincent (above), offered at Bonhams' Classic Motorcycle Mechanics Show sale in Stafford, UK, only needs to break the current record of $520,000 (for a 1915 Cyclone) to be dubbed the world's most expensive motorcycle. Barely ever ridden, the beautiful bike is in mint condition, adding to its value. And while $600,000 seems like a lot for a motorcycle, we're pretty sure this one will only appreciate.

[via Men.Style]

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK