Tuu dia...rantai sikit punya besor...tabung sikit punya halus...kalau penyangak masih terliur nak merembat duit di peti besi tu tak taulah apa nak cakap lagi ...besar pelaburan pihak masjid membeli rantai dan padlock..entah berbaloi ke tak dengan koleksi yang bakal diperolehi...koleksi jangka panjang berbaloi kot...ha ha..
Friday, January 13, 2012
Thursday, January 12, 2012
Apa khabar Kg Raja, Besut sekarang...?
Pemandangan diatas diambil pada 2hb Jan 2012 yang lalu.. Kami rakamkan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kg Raja Besut, melalui jalan pantai..Jalanraya sebahagiannya sudah dinaiki air. Sebuah van nampaknya sudah terperangkap dalam banjir...air takdalah dalam sangat sebab garisan putih masih boleh dilihat, heran juga bagaimana van itu boleh terpadam enjin...walaupun berdebar aku redah jua..,takut lagi ditunggu, semakin dalam jalan ditenggelami air kerana hujan turun tanpa henti dan langit gelap...
Kiri kanan jalan ibarat lautan..Dihalaman rumah kedapatan kenderaan sudah ditenggelami air..hu..hu kesihan kepada tuan punya kenderaan itu...
Hampir seminggu lebih berlalu ..Apakhabar kampong tersebut sekarang...? sudah surut kot...
Wednesday, January 11, 2012
Keropok Lekor...
No Anda 1126, No sekarang 1078.. bermakna ada 48 orang dihadapan anda....Perhati betul-betul..ini bukan no giliran di bank, pejabat pos atau imegresen atau pejabat pendaftaran ok...tapi ini adalah no giliran untuk membeli keropok lekor...ha ha.! di Tok Beng, Kuala Terengganu...pergh ganah mung tokey..!
Walaupun panjang senarai menunggu tetapi ramai yang sanggup menanti...untuk mempercepatkan giliran, jumlah pembelian dihadkan sebanyak RM 100 sahaja...sabar betul mereka ni menunggu, aku sukalah juga membedal keropok lekor nih, tapi kalau dah panjang sangat menunggu, hilang selera aku...aku tujulah saja ke gerai lain..lagipun bagi aku keropok adalah keropok.. iyealah masing-masing punya citarasa tesendiri..ada yang kalau dah betul-betul suka, berbaris panjang pun takpa...samalah juga aku heran tengok orang sanggup berbaris panjang seawal 3 petang semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa yang digemari...
Barangkali penyediaan keropok secara tradisional dan ditontonkan secara langsung tambah membangkitkan selera..keropok panas segar dari periok...
Pastinya penyediaan produk segar terus dari kilang tambah mengenakkan keropok yang dihasilkan...
Syabas kepada pengusaha keropok ini, aku berpendapat mungkin pengusaha ini generasi kedua kerana terdapat penambaikan sistem pengurusan seperti penggunaan nombor giliran juga penggunaan mesin untuk menguli dan menggentel keropok yang selama ini aku tengok ramai pekerja menggunakan tangan saja..Kita berharap generasi seterusnya menambahbaikkan lagi pengeluaran dengan penggunaan mesin yang lebih canggih dan dipremis yang serba moden..barulah pengeluaran dan kebersihan boleh ditingkatkan...
Sekali lagi syabas dari kami penggemar keropok lekor...
Lori terbabas dalam longkang... lori tolo dan lori tolol...
Aku tangguh dulu lah cerita pasal kembara Turki 2011 , lagipun dah tak banyak cerita yang nak aku kongsikan..dah berminggu-minggu cerita pasal kembara yang sama, nanti aku sambung lagilah pasal cerita tu..
Masa nak mencapai kunci Isnin lepas, lama jugak aku nak buat keputusan...Motor ke kereta...motor ke kereta..? akhirnya kunci motor aku sangkut semula...sesekali teringin jugak bawak kereta pergi kerja..,dah lepas pukul 9 takkan jalan jem lagi kot...Tapi itulah yang terjadi, lepas Tol Rawang hampir sejam tersangkut dalam kesesakan, kenderaan bergerak macam siput..adakalanya terhenti terus, kesihan aku tengok ada kereta yang 'overheating' sebab lama sangat sangkut dalam jem...alamak apasal pulak...? takkan disebabkan perhimpunan penyokong DSAI di Jalan Duta kot...hisssh jeles wa tengok motor mencelah berlalu pergi...
Dekat pukul 11 baru tahu punca kesesakan...rupanya lori telor terbabas longkang di Km 450 arah selatan...pergh..berpapan-papan telor berterabor atas lebuhraya...nampaknya dua hari berturut-turut cerita pasal telor ..Hari Ahad sebelum tu, selepas mendaftar anak aku di UniKl Melaka, semasa melalui Rembau kami melihat orang berjual berpapan-papan telor ditepi jalanraya...Yang menarik perhatian aku, penjual meletakkan papan tanda besar...TOLO MURAH...! he he..orang negori kabor telor.., TOLO...harga memang murah habis...
Ingatkan tolo di rembau dah cukup murah, rupanya tolo di KM 450 laagiii murah..free beb..! Petugas lebuh raya beraya sakan mengumpul tolo-tolo...ha ha..
Yang ni bukan lori tolo, tapi lori sampah tolol yang nak buang sampah secara haram...undur.., undur...dan undur terus termasuk longkang..itu la lain kali jangan buang sampah ditempat sebarangan....! barangkali mamat ni ingat curah sampah ditempat sunyi orang tak nampak...bila lori dah terpersok macam ni kan dah kantol...!

Sunday, January 8, 2012
Siri Kembara Turki 2011-Mussoleum Kamal Atartuk, Ankara..
Perjalanan diteruskan, sebagaimana perjalanan terdahulu pemandangan kiri kanan dihidangkan dengan keluasan saujana mata memandang tanah kosong atau ladang gandum atau rumput, nak kata rumput ragut tak nampak pulak haiwan ternakan..
Jalanraya pun kosong, sesakala bersimpang dengan kenderaan..sangat seronok sekiranya berkembara naik motorsikal sekiranya sausana jalan lengang begini, boleh membesit untuk cepat sampai...
Di sebelah kiri adalah tasik masin..hairan jugak ditengah-tengah daratan meluas tetiba terdapat tasik air masin..barangkali dataran darat ini merupakan sebahagian laut dizaman glacier dahulu...Terdapat perusahaan menghasilkan garam disini...
Manakala gunung tertera merupakan puncak gunung berapi...sekarang sudah tidak aktif. ..tak taulah samada sudah mati atau masih tidur...
Kami tiba di stesen keretapi Ankara untuk makan tengahari, makanan lauk ikan sardin goreng..menyelerakanlah juga sebab lari dari hidangan biasa...kalau lelaki terpegun dengan kecantikan para wanita , pengunjung pompuan mesti terpegun dengan kehenseman orang lelaki pula...ha ha..biasalah kan mula-mula tengok, bila dah lama sikit nanti akan sedikit demi sedikit terserlah pulak kehodohan mereka..tak percaya..? percayalah..Secara keseluruhan orang mereka memang cantik dan hensem...
Inilah Musoleum Kamal Atartuk, pengunjung dikhendaki melalu mesin pengimbas sebelum memasuki kawasan ini...tak taulah apa tujuan mereka berbuat demikian...Disana penduduk sangat mengagungkan Kamal Atartuk...dari sekolah rendah mereka telah didoktrinkan bahwa Kamal Atartuk adalah pemimpin agung . Setiap anak-anak sekolah diwajibkan melawat tempat ini...Terdapat 3 perkara di Turki yang tidak boleh dipersenda..1. Undang-undang sekular 2. Bendera dan 3..Kamal Atartuk...
Makam yang menempatkan jasad Kamal Atartuk. Disana sempena ulangtahun kelahiran dia seluruh aktiviti di Turki akan diberhentikan selama 2 minit..siren akan dibunyikan menandakan tibanya waktu itu...inilah maklumat yang kami terima dari pemandu pelancong kami....Maklumat lanjut mengenai versi cerita Kamal Atartuk boleh diperolehi di internet...
Kereta dan bot peninggalan Kamal Atartuk turut dipamirkan...Di musoleum ini juga terdapat muzium menceritakan perjalanan hidup Kamal Atartuk...
Lawatan mengambil masa 1 jam kami akan meneruskan perjalanan ke Istanbul...
Friday, January 6, 2012
Siri kembara Turki 2011-Kaymakli underground city..!
Nama saja underground city...pertama kali dibagitau, ingatkan disitu terdapat bandar bawah tanah betul, rupanya bandar ini lebih kepada tempat persembunyian orang dahulu samada dari cuaca atau musuh..Beribu-ribu gua-gua binaan dipercayai wujud di Turki..Gua Kaymakli ini antara satu dari 600 gua yang telah ditemui...Hasil binaan memang menakjubkan kerana lorong-lorong bawah tanah berhubung antara satu sama lain secara rahsia dan bagaimana manusia dulu mampu membinanya. dan berapa lama masa diambil untuk menyiapkannya masih menjadi misteri sehingga kini....hanya yang biasa dengan persembunyian boleh mencari jalan keluar..jika tidak, lorong-lorong ini merupakan perangkap maut...pusing-pusing jumpa lorong yang sama..
Hasil kerja orang dulu menjana ekonomi orang sekarang...berbayar untuk memasuki gua binaan ini...
Terdapat banyak ruang seperti bilik-bilik disepanjang lorong bawah tanah...lengkap dengan stor makanan, dapor dll. Yang musykil kat mana pulak tandas nih..? mungkin bungkus buang kot..ha ha...Terdapat sistem pengudaraan yang amat bagus...tanpanya pasti penghuni akan kelemasan..dan suhu persekitaran dapat dikekalkan antara 10-15 darjah walaupun diluar musim panas atau musim sejuk...hebat bukan..?
Batu yang ditebuk adalah jenis lembut tapi kuat. pemilihan lokasi yang sangat sesuai untuk memudahkan kerja-kerja menggali...Kalau sekarang untuk memudahkan kerja mencari bijih, gerudi dan bahan letupan digunakan..dulu entah erk..?
Aku ingat disepadan Palestine dan Mesir pun banyak kot lorong-lorong tikus seperti ini...Aku tak dapat bayangkan bagaimana jika tiba-tiba lampu padam....hu hu...sekarang iyealah ada generator set tambahan..dulu...?
"We are now 40 m below ground..." tak pastilah betul ke tidak, tapi itulah kata jurupandu kami...lorong-lorong sempit kekadang memaksa pengunjung membongkok di sebahagian lorong yang dilalui...Dengar khabar di piramid terdapat juga lorong sempit untuk memasuki bahagian dalam yang dapat di akses hanya dengan merangkak sepanjang masa...orang yang pernah pergi dan memasukinya memberitahu.." Masuk rugi, tak masuk pun rugi.."..Apa maksudnya tu..? he he..kena cari jalan melawat sana nih...
Lawatan ke Cappodicia berakhir di sini, selepas ini kami akan bergerak ke Ankara..., hanya singgah untuk melawat Mussoleum Kamal Atartuk...selepas dari itu terus ke Istanbul...

Thursday, January 5, 2012
Kembara Turki 2011-Karpet dan Tembikar
Lawatan berikutnya adalah ke kilang karpet dan kilang tembikar..Cuba korang periksa album kekawan anda lain yang pernah melawat negara Turki atau negara lain-lain .hampir sama saja aturacara...Sebagaimana aturacara pengunjung luar bila melawat Malaysia..aku rasa destinasi wajib antaranya mesti Genting, Cameron Highland dll... cadangan untuk pengusaha pelancongan Malaysia, elok saja bawa pelancong asing pergi kilang kelapa sawit, kilang getah, lawat felda dsb untuk merasai pengalaman menuai buah, menoreh dll...wujudkan cenderahati seperti key chain replika pisau toreh, pengait tandan kelapa dll pergh...aku garenti pelancong asing lebih menghargai lawatan sebegini sebab tempat diorang mana ada produk sebegini..kalau korang melawat ke tempat diorang pun apa sangat yang dihidangkan untuk pengunjung luar..tapi pengalaman tu tiada di tempat asal pengunjung, maka pengalaman tersebut sangat berharga...Sekiranya anda ke negara arab, lawatan pasti antaranya adalah ke ladang kurma dan unta...ha ha..gelak orang arab menengok orang luar berposing bawah pokok kurma...sebagaimana kita tergelak kalau lihat orang luar berposing bawah pokok getah atau sawit..kalau setakat melihat bangunan-bangunan..negara lain pun bersepah...
Goerge Bush dah jadi pengusaha karpet sekarang..ha ha..
Siapa ada ambil kesah sebelum ni ..'single knot' atau 'double knot' ? Di Turki menurut pengusaha ini karpet tenunan tangan adalah jenis 'double knot' iaitu seperti ditunjukkan dirajah bawah..jadi ia lebih kuat dan mampu bertahan beribu tahun...bagi peminat koleksi karpet mungkin kyusuk mendengar penerangan beliau...tapi bagi orang kebanyakan macam aku ermm apa istimewanya karpet perlu bertahan beribu-ribu tahun...? he he..
14 ribu USD..ada berani...? ha ..ha..karpet dihasilkan sepenuhnya dari sutera...masuk akal juga hujah diorang, sebenarnya nilai murah dan mahal bukan diukur dari berapa kecil atau besar sesuatu barangan...tetapi menurut jenis material, betapa rumit dan lamanya untuk disiapkan...sesetengah karpet hanya mampu disiapkan selama 5 tahun...jadi adalah tak adil untuk membandingkan harga dengan produk yang boleh dihasilkan selama 5 hari, walaupun bersaiz yang sama...alahai lukisan pun kekadang mencecah ratusun ribu...! bagi yang minat atau yang tidur berlapikkan duit la kot..
Ini adalah resoran ok, bukan muzium atau kubu bawah tanah...Di luar begini..
dan di dalam adalah begini...
Juga kilang barangan tembikar dilihat dari luar...rajin dan kreatif betul orang dulu-dulu...batu pejal gunung ditebuk menjadi penempatan...kelebihan tinggal didalam gua barangkalai terhindar dari cuaca extrim...diluar sejuk atau panas, suhu didalam tetap nyaman...tabik untuk orang dulu-dulu, tak perlu sijil berjela untuk menghasilkan binaan yang hebat...
Didalam adalah begini..terdapat banyak ruang bawah tanah yang luas. menempatkan tempat membuat dan menyimpan barangan dari tembikar...aku sangat takjub dengan binaan bukannya tembikar...
Kilang tembikar ini adalah warisan keluarga turun temurun...sudah berusia lebih 100 tahun...ergh ke 200 tahun tak ingat pulak aku penerangan dari wakil pemilik kilang ini..ha ha..
Esok kami ke Tapak warisan dunia Unesco, Bandar bawah tanah yang di bina beribu tahun dulu...nantikan ok...

Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.