click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, January 5, 2012

Kembara Turki 2011-Karpet dan Tembikar


Lawatan berikutnya adalah ke kilang karpet dan kilang tembikar..Cuba korang periksa album kekawan anda lain yang pernah melawat negara Turki atau negara lain-lain .hampir sama saja aturacara...Sebagaimana aturacara pengunjung luar bila melawat Malaysia..aku rasa destinasi wajib antaranya mesti Genting, Cameron Highland dll... cadangan untuk pengusaha pelancongan Malaysia, elok saja bawa pelancong asing pergi kilang kelapa sawit, kilang getah, lawat felda dsb untuk merasai pengalaman menuai buah, menoreh dll...wujudkan cenderahati seperti key chain  replika pisau toreh, pengait tandan kelapa dll pergh...aku garenti pelancong asing lebih menghargai lawatan sebegini sebab tempat diorang mana ada produk sebegini..kalau korang melawat ke tempat diorang pun apa sangat yang dihidangkan untuk pengunjung luar..tapi pengalaman tu tiada di tempat asal pengunjung, maka pengalaman tersebut sangat berharga...Sekiranya anda ke negara arab, lawatan pasti antaranya adalah ke ladang kurma dan unta...ha ha..gelak orang arab menengok orang luar berposing bawah pokok kurma...sebagaimana kita tergelak kalau  lihat orang luar berposing bawah pokok getah atau sawit..kalau setakat melihat bangunan-bangunan..negara lain pun bersepah...

Goerge Bush dah jadi pengusaha karpet sekarang..ha ha..

Siapa ada ambil kesah sebelum ni ..'single knot' atau 'double knot'  ? Di Turki menurut pengusaha ini karpet tenunan tangan adalah jenis 'double knot' iaitu seperti ditunjukkan dirajah bawah..jadi ia lebih kuat dan mampu bertahan beribu tahun...bagi peminat koleksi karpet mungkin kyusuk mendengar penerangan beliau...tapi bagi orang kebanyakan macam aku ermm apa istimewanya karpet perlu bertahan beribu-ribu tahun...? he he..

14 ribu USD..ada berani...? ha ..ha..karpet dihasilkan sepenuhnya dari sutera...masuk akal juga hujah diorang, sebenarnya nilai murah dan mahal bukan diukur dari berapa kecil atau besar sesuatu barangan...tetapi menurut jenis material, betapa rumit dan lamanya untuk disiapkan...sesetengah karpet hanya mampu disiapkan selama 5 tahun...jadi adalah tak adil untuk membandingkan harga dengan produk yang boleh dihasilkan selama 5 hari, walaupun bersaiz  yang sama...alahai lukisan pun kekadang mencecah ratusun ribu...! bagi yang minat atau yang tidur berlapikkan duit la kot..


Ini adalah resoran ok, bukan muzium atau kubu bawah tanah...Di luar begini..


dan di dalam adalah begini...


Juga kilang barangan tembikar dilihat dari luar...rajin dan kreatif betul orang dulu-dulu...batu pejal gunung ditebuk menjadi penempatan...kelebihan tinggal didalam gua barangkalai terhindar dari cuaca extrim...diluar sejuk atau panas, suhu didalam tetap nyaman...tabik untuk orang dulu-dulu, tak perlu sijil berjela untuk menghasilkan binaan yang hebat...

Didalam adalah begini..terdapat banyak ruang bawah tanah yang luas. menempatkan tempat membuat dan menyimpan barangan dari tembikar...aku sangat takjub dengan binaan bukannya tembikar...

Kilang tembikar ini adalah warisan keluarga turun temurun...sudah berusia lebih 100 tahun...ergh ke 200 tahun tak ingat pulak aku penerangan dari wakil pemilik kilang ini..ha ha..

Esok kami ke Tapak warisan dunia Unesco, Bandar bawah tanah yang di bina beribu tahun dulu...nantikan ok...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK