Friday, December 30, 2011

Siri Kembara Turki 2011-Royal Balloon, Cappadocia

Seawal jam 6 pagi krew Royal Ballon telah datang menjemput kami dihotel. Hanya kami berlima yang akan menaiki belon panas. Awal-awal telah diberitahu kami perlu memakai pakaian tebal..cuaca diluar sangat dingin dibawah 10 darjah, bila berada di udara nanti ditambah sausana berangin akan bertambah sejuk lagi..Bila sausana sejuk, sekejap-sekejap nak pergi tandas buang air kecil..janganlah semasa diatas nanti terasa nak pergi tandas..sebagai persediaan awal masing-masing menuju tandas lebih kerap..tak boleh keluar pun cuba bagi keluar juga..ha ha..


Pertama kali naik belon panas memang teruja...walaupun mahal kami gagahkan juga...sekali seumur hidup apa salahnya merasa...mujur kami datang bertiga, kalau bawa semua anak-anak, rasanya tak naik kami, dapat tengok belon saja  le gamaknya...tak berbaloilah nak membayar semua, lebih baik  naik kapal terbang ke negara lain pulak yea tak..bayangkan sorang 250 USD x 7 orang sudah 1750 USD.....pergh banyak negara menarik lain boleh pergi dengan jumlah duit itu...
Terdapat 30 pengendali belon panas di sini. Kami dimaklumkan tapak di Cappadocia ini merupakan antara 3 lokasi terbaik pengendalian belon panas di dunia..! Disini juga pernah dianjurkan perlumbaan belon panas sedunia..
Tauke belon yang masih muda...beliau turut memiliki hotel butik...

Haba ini turut menghangatkan anggota badan kami yang kesejukan...brrrr


Tetiba je kami telah melayang diangkasa...entah macam tak terasa apa-apa pun..aku rasa lebih mengujakan masa naik kereta kabel...bila kereta kabel berenjut, berayun di awangan terasa gayat juga...naik belon panas ni, ish macam duduk bangunan tinggi je aku rasa   walhal kami berada lebih 1000 kaki dari bumi...

Bagi yang gayat, gerun juga kot bila memandang ke bawah...pilot kami bercerita pengalaman lucu  pasangan suami isteri Mat Salleh yang gayat berada di tempat tinggi..yang gayat bukan isteri..tetapi suami. dari mula naik belon sehingga selesai selama sejam, si suami hanya bercangkung dibakul sambil menekup muka..he he..dia hanya menaiki belon untuk menemankan isterinya...pasangan baru katakan...

Beribu-ribu tahun dahulu kawasan sini  merupakan kawasan gunung berapi yang pernah memuntahkan segala isi bumi...Setelah beribu tahun mengalami hakisan angin, air, ais dsb kawasan yang dahulunya dataran telah menghasilkan puncak-puncak berbentuk kon disamping pelbagai bentuk arca lain  . Keajiaban alam  semula jadi  ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco untuk tatapan generasi kini dan akan datang...


Antara pengunjung dari Malaysia yang telah mencatatkan nama dibuku pelawat tapak warisan dunia Unesco..he he..

Pengunjung dari Japan..kerana kapasiti adalah padat didalam bakul, nak ambil gambar peserta pun sukar...

Pelbagai bentuk arca terbina dengan sendiri...semakin banyak arca boleh dikesan sekiranya anda membayangkan menurut daya imaginasi anda...Bentuk unta, bentuk cendawan dll...Dulu manusia  terawal membina gua dan menjadikan kon-kon ini sebagai penempatan mereka.  juga sebagai sarang burung merpati. Najis merpati merupakan komoditi penting orang terdahulu dan kini yang digunakan sebagai baja organik.., Kini gua-gua tinggalan sudah mula dikomersilkan kerana kedapatan hotel yang dibina digua-gua tinggalan ini untuk pelancong merasai pengalaman orang dulu-dulu.


Pengunjung dari penghuni cuaca tropika...hebat tak hebat kami, aiskrim pun kami bedal...ada orang berjual maka ada le pembeli...tapi bukan dari ais salji ni ok...


Dua dari kiri adalah pasangan doktor muda yang berkhidmat di Hospital Tentera Wangsamaju... Aku dah mintak dia tolong rekomenkan anak aku yang sulong supaya berkhidmat dihospital tentera jugak nanti..he he..doktor lain sibuk melayan pesakit dihospital awam atau swasta , doktor ni asyik terbang sana, terbang sini...

Penganugerahan kalongan medal kerana  berjaya menaiki belon panas...penerbangan hanya sekali saja sehari, dah cukup buat duit kot..kapasiti bakul adalah 11 orang dalam sesatu masa...boleh tahan jugak bisness ini...dalam trip kami kebetulan sekapal dengan 4 penumpang Malaysia lain dari Sarawak...



Kalau ditanya perasaan aku pengalaman  naik belon panas pertama kali..jawapan aku..."Kureng..!' ha ha ..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK