click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, December 15, 2011

Siri Kembara Turkie 2011-Tidur yang panjang, tidur yang pendek...

Ha ha..pukul 6 petang dah tak larat nak bersengkang mata, . pergh... yea betul, pukul 6 ptg di Turki hari dah gelap, magrib pun dah lama berlalu sebelum jam 5 ptg. Bila periksa jam Malaysia, dah pukul 12 malam..owhh patut la mata berat semacam...lepas saja makan malam jam 7, solat..., jam 8 malam, terus saja deboomm, dan segera saja hilang ingatan..he he..tertidor lah .  pagi ni bila sedar semula, alamak dah jam 8 pagi... bior betul, check lagi sekali rupanya 8 pagi waktu Malaysia , Patut pun mata dah tak mau lelap ..lagipun handphone dah mula berdering-dering menerima panggilan dari rakan kerja di Malaysia.. tapi waktu tempatan masih jam 2 pagi...!

Mujur sesetengah hotel penginapan ada internet bolehle melayari alam maya...dapat le sedikit sebanyak kemaskini blog...kepada pengunjung yang ingin bertanyakan sesuatu berkenaan kembara ini, bolehlah aku cuba mencari maklumat terus dari sini...

Kalau aku sambung tidur 3 jam lagi  sebelum suboh, bangun nanti pukul 11pagi...he he

Tidur pukul 8 mlm (waktu Tturki), bangun pukul 11 pagi (waktu Malaysia)-panjang nya tidur aku...!
 atau tak tidurkah aku, mula tertidur semalam pukul 2 pagi (waktu Malaysia), bangun semula pukul 2 pagi (waktu Turki)....

Ha..ha sebenarnya jumlah tidur yang lebih kurang sama saja..maklumlah berkembara di negara yang berbeza waktu 6 jam ...peringkat awal ni, mata belum dapat sesuaikan diri dengan waktu tempatan...tengok jam pun masih kerap tersilap , sekejap tertingok waktu Turki, kekadang terpandang waktu malaysia..ha ..ha 





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK