Ini pandangan peribadi aku ok. Setiap sorang pastinya mempunyai pandangan berbeza.
Indahnya kejadian alam ciptaan Allah dipandang dari udara...pemandangan dirakam di ruang udara Bahrain dan Turki...
Pertama kali tiba di negara orang selalunya kita tak dapat lari dari pengalaman pertama yang sangat terkesan di hati yang akan diingati sampai bila-bila. Aku bila keluar saja airport selalunya akan mengalami pengalaman baru dengan persekitaran berbeza melalui pemandangan berikut-
Kenderaan seperti kereta , kenderaan awam, teksi dll
Kalau di Europe seperti di Jerman teksi Mercedes bersepah-sepah, di UK kenderaan Vouxhall yang tak pernah aku tengok pulak banyak, negara Arab selalunya Toyota, Cherevolet, GMC, di Indon, Suv Kijang, Toyota berlambak-lambak, di Malaysia semestinya Proton, di Seoul - Kia, Hyundai dan Samsung..Di India Mahendra, Suzuki banyak..China..? Volkswagen merata-rata..Bila keluar airport Istanbul teksi kaler kuning Fiat, Renault dan Hyundai pulak yang mewarnai jalanraya.., Kenderaan Eropah lebih banyak dijalanraya berbanding kenderaan dari Jepun
Renault, banyak kenderaan cantik begini di Turki, kalau di import ke Malaysia entah berapa harganya erk..?
Bangunan
Bangunan bersejarah terpelihara utuh di Turki, Kebanyakkan lokasi telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Suleymaniye Cami yang di bina dalam tahun 1557 merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO. Cami tu Masjid Jamek kot kalau di sini..di sana surau dipanggil mescid..
Rekabentuk masjid boleh dikatakan hampir sama saja dimerata tempat..senang arkitek tak payah perah idea baru, sejak dari zaman Ottoman Empayar sehingga kini macam nilah rupa bentuk masjid disana. Dikatakan terdapat lebih 7000 masjid di Turki..toleh kiri nampak masjid, kanan , depan, belakang pun nampak masjid. Hiasan dalaman pun lebih kurang serupa..tersangat memukau pemandangan..
Masjid baru sedang dalam pembinaan..
Hiasan dalaman Masjid Biru yang sangat indah dan memukau, walaupun dibina sejak kurun ke 16 masih bertahan menongkah arus..sungguh menakjubkan
Orangnya
Comel-comel sungguh anak-anak Turki..dengan kecantikan semulajadi, pipi kemerah-merahan...anak-anak ni teruja dengan kehadiran kami, setelah bas beredar pun kanak-kanak ni masih melambai-lambai tangan kearah kami...boleh dikatakan anak-anak turki sungguh ceria terhadap orang luar, bila berselisih dengan kenderaan sekolah mereka, masing-masing melambai dan menjerit-jerit ke arah kami...
Mentang-mentang comel semua berebut nak bergambar.. .
Kalau korang perasan kebanyakan wanita Turki ditemui semasa di Mekah dan Madinah adalah wanita yang agak berusia, rendang-rendang saja...bila tiba di Bumi Turki tak sangka pulak orangnya halus-halus saja seperti adik sebelah kiri tu..yang kurus lampai pun ramai,.mungkin bila usia meningkat sebab tinggi dah tak boleh bertambah, saiz badan mengembang kiri dan kanan pulak...bab ini serupa dengan wanita Malaysia dan wanita lain seantero dunia..ha ha..jangan marah aaar..
No comments:
Post a Comment