Kebanyakkan kali trip yang aku pergi ke negara orang, bila bersembang dengan kebanyakkan peserta, mereka selalu memandang tinggi negara yang dilawati dan seringkali memandang rendah/memperkecil negara sendiri...entah napa, aku jadi tak faham..Apa yang hebat dimata dunia ada dinegara kita akan sentiasa dipandang dari sudut yang negatif., sebut apa saja seperti F1, KLIA, KLCC, MAKANAN, KERETA dll, manakala di negara orang walaupun jauh kurang hebat dari negara sendiri akan cuba dipandang dari sudut positif. Aku rasa kita kena perbetul sikap ini. Lebih teruk lagi bila bersembang dengan orang luar segala keburukan turut dicerita sama.. Walaupun kita mungkin berbeza pendapat sepatutnya bila diluar segala keburukan mesti disimpan bersama . Ibarat menepuk air di dulang akan memercik ke muka sendiri . Bila kita terlalu memandang keburukan diri sendiri, pasti akan menerbitkan rasa rendah diri, sedangkan untuk bersaing dipersada dunia kita kena ada sikap tinggi diri serta keyakinan diri..Ini pandangan peribadi aku..
Bila bermain dalam acara sukan dengan negara hebat dunia selalunya negara lemah telah kecundang hatta sebelum memasuki gelanggang perlawanan, kerana perasaan rendah diri telah menguasai diri pemain. Sindrom rendah diri ini kekadang terbawa-bawa hatta jika negara lemah memenangi perlawanan dengan mencari alasan bahwa kemenangan sekadar nasib atau negara hebat bermain dibawah tahap sebenar dll...Analogi sama boleh digunapakai untuk perkara lain dalam kehidupan seharian. , sebab itu lebih tinggi keyakinan rakyat akan lebih maju sesuatu negara dalam pelbagai bidang..
Selagi kita berperasaan rendah diri selagi itu kita akan jadi penciplak idea orang lain kerana sering merasakan idea orang lain lebih hebat dari kita walhal kekadang sebaliknya...
Jom kita berubah...!

Sifat biasa yang ada pada manusia. terutama mereka
ReplyDeleteyang rasa diri cukup bagus bila berkahwin dgn org luar..
ada saja nak complain..