Wednesday, November 30, 2011

Tapak misteri...!

Tapak kaki apa erk...? Gambar ni aku tangkap ditepi hutan, barangkali tapak yang berkuku dua tu babi hutan dan yang berbentuk bunga lima tu anjing liar atau  Sang Rimau...!

Taktaulah mana satu yang menjelma dulu , yang berkuku dua atau berkuku lima...tak mungkin serentak..Kalau serentak mesti kesan tapak tak seaman  ini..salah satu mesti berterabur cabut...!

Keliling sudah dipenuhi kawasan perumahan., berkemungkinan hutan yang masih tinggal  ini masih menjadi habitat haiwan liar..


Bila diamati arah tapak, ternyata dia menyusup masuk kedalam hutan ...entah-entah masa aku snap gambar ini, makhluk tu sedang bersantai dipinggir hutan ni...dah kenyang kot...!

 Gambar yang ini lagi jelas...bila diamati kesan kuku tajam boleh dilihat. kalau anjing takkan kuku turut berbekas pada kesan tapak kaki..nampak panjang dan tajam je ..wallahualam. Kalau tapak rimau harap-harap binatang tu sekadar lalu sebelum pergi jauh dari tempat ini. Trek ini sering kami lalu untuk berjogging awal pagi atau sebelah petang menuju ke puncak berbendera.

Saban pagi sekiranya kelapangan aku akan berbasikal sambil menemankan bini aku berjoging di trek ini. Seawal 7.00 pagi kami dah mula mendaki bukit.

Laluan sunyi ini memang sering digunakan oleh periadah lain., tapi awal pagi biasanya hanya kami berdua saja lalu disini. Kedudukannya tak jauh sangat pun dari trek padang golf yang lebih ramai pengguna beriadah disana.

Tiba disini dan pusing semula. Sekiranya berjalan secara santai dalam sejam setengah tibalah semula ke kereta. Pada hari Isnin lepas persoalan tapak  itu sebahagiannya terjawab, bini aku dan rakannya telah terserempak dengan seekor babi hutan sebesar kerbau. Biasanya kalau ada yag jantan, akan adalah juga yang betina dan anak beranak. Mujur  ketika  menyedari kehadiran haiwan itu,  mereka berada dibukit tinggi. Binatang berkuku dua telah dikenalpasti hanya yang bertapak bunga lima yang masih misteri..

Persoalan ini akan terus menjadi mesteri kerana kami telah sepakat tidak akan beriadah ditrek itu lagi...tak berani kami..., takut kena sondol atau kena terkam beb....!

1 comment:

  1. Kang Latep..saya yang tak berapa berani nie terkedu bila berjumpa kesan tapak kaki berjari 3. Cuak tak hingat, maklumlah kat atas puncak gunung Angsi masa tu.
    Takut jugak bertemu Pak Teddy Bear, tapi akhirnya terjawab bila bersembang dengan kaki gunung, kesan tapak kaki tapir rupanya. Pherggh...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK