Sunday, January 15, 2012

Santapan Selera Rimba...

Janji pukul sembilan nak gerak, tapi dah pukul 11 ada peserta tak tiba lagii...bila rider bawak pasangan begini le jadinya...mengadap depan cermin berjam barangkali..issh...kita kan nak pergi ride, capai apa yang sempat je kak...calit gincu atau sapu bedak lebih kurang ..lainlah kalau nak menemankan laki menerima gelaran datuk di istana...! ha ha..



Hampir tiap kali kami singgah di tempat makan ini, pasti ada kumpulan bermotor lain yang turut berada disitu. Tahniah kepada tuanpunya kedai, kalau servis dan makanan tak tip top tak kan pengunjung kembali semula ke kedainya. Terdapat sudut khas di kedai yang memaparkan gambar-gambar geng motor menikmati juadah disini..HOG,VOG,GOA..argh macam-macam lagi nama pelik kelab lah...orang yang berkelab JSS macam aku pun ramai. Kelab Join Sana Sini..ha ha..


Lokasi Selera Rimba  Sg Lembing, Kg Belia Dua , Sg Besar Selangor, bagi mat-mat motor memang strategik...1, jauh, sesekali buka selimut motor kena lah panaskan enjin jauh sikit.. 2, boleh layan highway 3. boleh layan serba sikit konar jalan negeri / jalan persekutuan atau jalan felda 3..bagi mamat motor DP jalan rosak dan berombak tu yang diorang suka...


Seramai 16 peserta join trip kali  ini bagi meraikan sahabat rider ni yang naik pangkat JUSA C..Profesor Dr Ikhwan Toriman, anak jawa Pontian..ha ha.., wa tumpang bangga beb, beliau mencipta sejarah kerana gelaran Profesor dan pangkat JUSA C tu kebiasaanya  dianugerahkan kepada mereka berumur 45 tahun keatas...Beliau baru je masuk 42..Kebiasaannya orang yang dirai, sahabat handai membelanja...tapi kali ini orang yang  naik pangkat dan dapat duit tambahan kena belanja kami...Ala kalau setakat belanja daging landak goreng berempah, rendang rusa, ikan baung masak tempoyak serta ulam ulaman apalah sangat...air pun cuma jus mangga bancuh jerk...duit elaun mesyuarat  makan tak habis bro..!, tak sentuh gaji pokok pun..seronok orang kerja gomen..masyuk lebat beb...pencen pun ada kenaikan tahunan..!

Jangan serik-serik belanja kami yea..!

9 comments:

  1. baru 42 dah dpt Jusa C??
    bahagianyaaaaa... :-)

    *landak & rusa = sedap tu!!

    ReplyDelete
  2. tahniah atas kenaikan pangkat.. teringin juga nak pi rasa daging landak.. =)

    ReplyDelete
  3. bila hang mai KL habaq la, boleh cek bwk hang pi sana...dok djauh weh...ha ha..

    ReplyDelete
  4. Kang, port nie memang famous ya? banyak baca blog pasal ride gi makan kat sini. Apa yg hebat? Suasana atau makanan eksotik?

    ReplyDelete
  5. ABN, ramai mamat motor suka ke sini disebabkan 1.makanan eksotik 2..lokasi..3..saja nak perabih duit..ha ha..

    ReplyDelete
  6. lepas selera rimba...jemput berkunjung ke restoran de limau pula.....menu hampir serupa...dgn kelebihan persekitaran dan aktv sampingan sambil berrekreasi...makan2 sambil menghirup angin selat melaka dan pemandangan bakau.....lawati dulu facebook kami di ...Restoran dan kolam pancing air masin de limau @ call 012 6599968

    ReplyDelete
    Replies
    1. en Zaki,boleh tau dimana ke restoran de limau nih..elok juga ada tempat berbeza untuk mengubah selera...tapi jgn caj mahal haaa...

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK