Sunday, January 29, 2012

Tenis, badminton dan Squash mana lebih memenatkan...?





Ha..ha rasanya tak pernah aku melekat depan tv menyaksikan perlawanan tenis..kira perlawanan semalam mencatat sejarah untuk aku., berjam depan tv berdebar menyokong pemain Novak Djokovic supaya menang dalam  Australian Open..entah.. bukan aku minat atau kenal sangat pemain ni..Aku memang  tak pernah ambil tau pun pasal sukan tenis ni..cuma yang menjadikan aku 'tersuka' dia bila terbaca pasal dia di akhbar semalam di ruangan sukan...ok-ok aku nak sokong dia..Budak muda umur 24 tahun..dia ni pemain tak ternama kot..apa salahnya sokong pemain kurang ternama menang..asyik-asyik orang yang sama je menang..boring la.. Lawan beliau Rafael Nadal diperlawanan akhir pernahlah juga aku dengar, Pemain yang tersingkir diperlawanan separuh akhir Roger Faderer pun taulah jugak...Pemain Peranchis yang muka iras-iras Muhamad Ali pun ada sikit tahu...Pemain tenis dulu-dulu yang aku ingat sampai sekarang adalah Djorn Borg, aku ingat pemain ni sebab dulu aku teringin nak beli kasut jenama Diadora yang dia pakai..he he...Djokovic..? baru semalam aku tahu..itu pasal lah aku sokong dia...Tak tau pulak rupa-rupanya dia berada no 1 ranking dunia...ha ha..Maaf yea kepada penyokong tegar Djokovic..

Tapi lecehlah tengok tenis ni..lama sangat..game semalam sampai 6 jam..! giler ke apa...tambah 2 jam sudah macam tempoh waktu berkerja 8 jam...nasib baik ada pemain yang aku sokong kalau tak, memang aku dah bagi 'remote control' ke anak aku yang sibuk nak tengok AJL...AJL siapa menang...? ha ha..

Aku ingat main tenis ni tak sepenat main badminton atau squash la..walaupun berjam aku tengok selamba je diorang main..berbanding bila tengok pemain badminton, squash atau bola yang basah baju bermandi peluh...! Walaupun tenis nampak macam mudah, court luas, net rendah.. bila cuba main tak pulak mau menjadi...ishhh.. Aku pernah juga mencuba-cuba pegang raket tenis dulu..ermm langsung tak menjadi.. walaupun court luas, bila pukul memanjang keluar atau bila memulakan servis memanjang sangkut pada net yang rendah..argh boring la macam tu...sampai sekarang gantung raket.

Tahniah pada Djokovic..tak sia-sia aku sokong kau..! ha ha..


2 comments:

  1. Rasanya yang tengok perlawanan tu lebih penat kot! :D

    Post Terbaharu saya - AJL 26 - Tahniah Buat Datuk M Nasir Dan Hafiz

    ReplyDelete
  2. haha memang betul, set last sy pun dh malas nak melayan tengok...tunggu keputusan sajalah sapa menang..anak pun dah sibuk curi-curi remote control...nak tengok AJL sgt tengoklah..isshhh...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK