Thursday, January 5, 2012

Siri kembara Turki 2011-Kaymakli underground city..!


Nama saja underground city...pertama kali dibagitau, ingatkan disitu terdapat bandar bawah tanah betul, rupanya bandar ini lebih kepada tempat persembunyian orang dahulu samada dari cuaca atau musuh..Beribu-ribu gua-gua binaan dipercayai wujud di Turki..Gua Kaymakli ini antara satu dari 600 gua yang telah ditemui...Hasil binaan memang menakjubkan kerana lorong-lorong bawah tanah berhubung antara satu sama lain secara rahsia dan bagaimana manusia dulu mampu membinanya. dan berapa lama masa diambil untuk menyiapkannya masih menjadi misteri sehingga kini....hanya yang biasa dengan persembunyian boleh mencari jalan keluar..jika tidak, lorong-lorong ini merupakan perangkap maut...pusing-pusing jumpa lorong yang sama..

Hasil kerja orang dulu menjana ekonomi orang sekarang...berbayar untuk memasuki gua binaan ini...


Terdapat banyak ruang seperti bilik-bilik disepanjang lorong bawah tanah...lengkap dengan stor makanan, dapor dll. Yang musykil kat mana pulak tandas nih..? mungkin bungkus buang kot..ha ha...Terdapat sistem pengudaraan yang amat bagus...tanpanya pasti penghuni akan kelemasan..dan suhu persekitaran dapat dikekalkan antara 10-15 darjah walaupun diluar musim panas atau musim sejuk...hebat bukan..?

Batu yang ditebuk adalah jenis lembut tapi kuat. pemilihan lokasi yang sangat sesuai untuk memudahkan kerja-kerja menggali...Kalau sekarang untuk memudahkan kerja mencari bijih, gerudi dan bahan letupan digunakan..dulu entah erk..?

Aku ingat disepadan Palestine dan Mesir pun banyak kot  lorong-lorong tikus seperti ini...Aku tak dapat bayangkan bagaimana jika tiba-tiba lampu padam....hu hu...sekarang iyealah ada generator set tambahan..dulu...?


"We are now 40 m below ground..." tak pastilah betul ke tidak, tapi itulah kata jurupandu kami...lorong-lorong sempit kekadang memaksa pengunjung membongkok di sebahagian lorong yang dilalui...Dengar khabar di piramid terdapat juga lorong sempit untuk memasuki bahagian dalam yang dapat di akses  hanya dengan merangkak sepanjang masa...orang yang pernah pergi dan memasukinya memberitahu.." Masuk rugi, tak masuk pun rugi.."..Apa maksudnya tu..? he he..kena cari  jalan melawat sana nih...



Lawatan ke Cappodicia berakhir di sini, selepas ini kami akan bergerak ke Ankara..., hanya singgah untuk melawat Mussoleum Kamal Atartuk...selepas dari itu terus ke Istanbul...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK