Ingatkan nak melupakan sementara mengomel perihal politik nih, memandangkan pihak anonymous mengulas tulisan aku terdahulu..terpanggil pulak menulis lagi...
Sindrom 'Holier than Thou' memang tidak dapat dipisahkan dengan pendokong tegar PR. Apa saja yang tidak sealiran dengan mereka pasti kena belasah kaw-kaw...Setiap perkara mesti dilihat menurut perspektif mereka. Yang bertentangan semua tidak betul, bodoh bangang , hanya terkongkong dengan bacaan pihak pemerintah dan macam-macam pertuduhan lagi...Tapi yang aku hairan bila perkara sama terkena batang tubuh sendiri, pandai pulak mencari dalil untuk membetulkan segala tindakan mereka.. ...Bila dituduh mereka mengamalkan nepotisma mengumpulkan anak beranak dalam parti, dibawa hujah selagi berkelayakan tidak mengapa...Dihujahkan lagi, Anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail pun turut menjadi Nabi kerana beliau sememangnya layak...Aku pun berpendapat sedemikian sekiranya layak apa salahnya memegang posisi dalam parti, kenapa mesti dibazirkan kebolehan individu...Masalahnya pihak sana hanya ingin mengakui kehebatan diri sendiri dan menidakkan kebolehan orang lain dengan pelbagai tuduhan...
Bila ditanya mengapa SelangorKini ataupun Buletian Mutiara yang menggunakan wang rakyat diedarkan secara percuma hanya menceritakan kebaikan PR dan memburukkan pihak lawan sedangkan merekalah juara menuduh pihak pemerintah mengawal media massa dijawab selamba untuk membetulkan fakta putar belit pihak lawan....Ish ish yang tidak sealiran semuanya auta .. Kita tidak menafikan kerajaan sedia ada tidak sempurna, dan perlu penambahbaikan dari masa ke semasa...dan pastinya dipihak sana juga tidak bebas dari kesalahan. Isunya ialah mengapa bila diri sendiri buat semuanya betul dan apa saja tindakan orang lain semuanya salah...? Cakap tak serupa bikin
Disebabkan taksub dan ego perkara yang secara terangan sepatutnya betul turut dikatakan salah...Seperti biasa akan dibawak hujah dan dalil untuk membetulkan tindakan mereka...Ini yang aku tersangat menyampah...Aku berpendapat sebagai orang islam sepatutnya sama-sama mempertahan kesucian nama Allah dari digunakan oleh orang bukan islam. Kita bimbang sekiranya kebenaran itu dipersetujui secara rasmi akan disalah gunakan dan mendatangkan pelbagai fitnah.... Sebahagian cerdik pandai dikalangan mereka turut berbeza pendapat dan menentang penggunaan kalimah Allah itu oleh bukan islam...Adakah mereka tidak rasional atau goblok......Dek kerana ego ingin kelihatan berbeza ideologi, penyokong tegar lebih gemar mencari keburukan pihak lain berbanding persamaan. Kenapa tidak diambil kesempatan ini untuk memperbetulkan kesilapan dan sama-sama berdiri teguh mempertahankan kesucian agama dan mengapa perlu diungkit kesilapan pihak lawan...
Argh tak taulah labu-labu....