click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, April 3, 2013

Pilihanraya- Benarkah undi anda rahsia...?

Undi tidak pernah rahsia..dalam setiap kertas undi terdapat no siri...pilihan pengundi boleh diketahui dengan membandingkan no siri dikertas undi...itu dulu, kini  dalam dunia digital tak perlu berselidik sedemikian rupa, perdebatan terbuka dilaman-laman sosial membolehkan kita mengetahui  seseorang itu condong ke arah mana...

Pilihan adalah hak individu...idealnya kita inginkan semua orang menurut kemahuan kita tapi itu mustahil...masing-masing sudah mempunyai pilihan kecuali segelintir. Adalah membuang masa berhujah dengan golongan yang telah membuat pilihan...kering air liur belum tentu hujah boleh diterima...bagaimana agaknya seseorang membuat pilihan...Bagi aku pengalaman boleh merubah pendirian sesorang...

Tidak salah untuk bereksperimen kerana itu akan mematangkan pengalaman.Pengalaman akan mengajar seseorang untuk menyedari kesilapan. ...Pengalaman boleh menilai janji dan harapan...Pengalaman adalah hakim ...Pengalaman silam boleh dijadikan neraca untuk membuat pilihan terkini...

Aku tidak terkecuali ...pengalaman dan harapan terdahulu tidak sebagaimana yang aku harapkan. Paling aku tak suka, parti yang aku pangkah selalu mengalah dalam segala hal hatta yang melibatkan hal ehwal orang islam....undi yang aku  sandarkan menjadikan sekutu bertambah rakus dan angkuh...Parti yang aku harapkan  belum bersedia untuk jadi dominan...Sementara mereka menyiapkan diri lebih perkasa, pilihanraya kali ini aku ingin mengubah haluan...Setelah aku timbang-timbang ternyata PR bukan pilihan aku...

Haha undi bukan lagi rahsia...



2 comments:

  1. Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman menulis:Alhamdulillah parlimen telah dibubar. Dengan rasminya semua parti adalah 'at par', tiada pembangkang, tiada kerajaan..rakyat adalah ketua dan pembuat keputusan. Maka tiada juga istilah khawarij bagi mereka yang membangkang parti kerajaan (sebagaimana dakwaan sebahagian pihak), kerana semua parti bukan kerajaan sekarang ni. Jadilah pengundi bertanggungjawab dan mengkaji sebaiknya sebelum membuat keputusan. Keputusan bukan hanya untuk kita tetapi untuk masa depan keluarga dan anak kita du masa hadapan. Dan untuk kita menjawab juga di alam barzakh dan akhirat kelak. Jangan jual undimu dengan wang ringgit dan hadiah segera.

    ReplyDelete
  2. Undilah parti yang memperjuangkan Islam, bukan parti yang berteraskan sekular.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK